awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Profesor Harvard satu penghinaan terhadap graduan tempatan - Mahdzir

Bernama
Bernama
20/01/2017
07:51 MYT
Kenyataan Profesor Harvard satu penghinaan terhadap graduan tempatan - Mahdzir
Mahdzir berkata beliau pelik bagaimana seorang pensyarah di universiti terkemuka dunia boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Malaysia banyak menghasilkan pakar dalam pelbagai bidang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. - Gambar fail
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan kenyataan seorang profesor dari universiti terkemuka dunia yang menyamakan tahap graduan negara ini dengan pelajar sekolah menengah di sebuah negara Eropah sebagai satu penghinaan.
Katanya kenyataan itu juga 'tidak cerdik' kerana dibuat tanpa kajian mendalam mengenai sistem pendidikan di Malaysia yang dibuat berasaskan sistem di negara maju.
"Universiti-universiti kita ada pencapaian, ada kisah kejayaan yang boleh dibanggakan. Takkanlah penghargaan diberi badan antarabangsa terhadap graduan kita itu tidak sesuai di negara kita.
"Jika individu itu buat kenyataan setelah mengeluarkan kajian mendalam, melalui proses pensampelan yang boleh dipercayai, mungkin kita boleh terima, tapi ini tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program Klinik Penyayang Percuma bersama Persatuan Gerak Medikal Alor Setar di sini hari ini.
Mahdzir mengulas kenyataan Prof. Lant Pritchett dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat yang dilapor berkata kualiti lepasan ijazah di Malaysia dan Indonesia setaraf dengan pelajar sekolah menengah di Denmark semasa menghadiri forum Dasar Awam Asia 2017 di Subang Jaya, dua hari lepas.
Pritchett dilapor berkata kajian terhadap graduan Indonesia dalam beberapa aspek termasuk pemikiran kreatif mendapati hasilnya hampir sama dengan pelajar tercicir di peringkat sekolah menengah di Denmark, dan ciri-ciri sama juga didapati di Malaysia.
Mengulas lanjut, Mahdzir berkata beliau pelik bagaimana seorang pensyarah di universiti terkemuka dunia boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Malaysia banyak menghasilkan pakar dalam pelbagai bidang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Mahdzir Khalid
#Prof. Lant Pritchett
#profesor
#Universiti Harvard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan