Seorang kanak-kanak berusia setahun melalui saat cemas apabila kepalanya tersepit pada besi penghadang di rumahnya di Taman Desa Bangau, di sini, pagi tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Temerloh, Hashnuddin Hussin berkata kejadian jam 9 pagi itu berlaku ketika mangsa sedang bermain bersama neneknya sebelum kepala kanak-kanak itu tersepit pada besi penghadang berkenaan.
Menurutnya, seramai 10 anggota dikerahkan untuk mengeluarkan kepala mangsa.
"Bomba yang tiba pada jam 9.16 pagi berjaya memotong besi dan membebaskan kepala kanak-kanak yang tersepit itu.
"Mereka juga terpaksa menggunakan alat pemotong dan berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu tidak sampai 10 minit," katanya, di sini, hari ini.
Hashnuddin berkata kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan.
Noraniza Kamsani
Mon Dec 03 2018
Keadaan kanak-kanak yang tersepit pada besi penghadang sebelum diselamatkan bomba. -Foto ihsan Bomba
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Kepala budak tersepit celah pagar penghadang
Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu mengeluarkan menyelamat seorang kanak-kanak yang tersepit pada besi pagar penghadang di rumahnya di Taman Desa Bangau, Temerloh, pagi tadi.