NATIONAL
Kepentingan Sabah, Sarawak sudah cukup terabai - Tun M

Tun Juhar Mahiruddin bersama Dr Mahathir, Mohamad Shafie dan Douglas Embas memotong kek sempena sambutan Hari Malaysia. -Bernama
Keputusan untuk mengembalikan semula status ‘rakan sekutu’ kepada Sabah dan Sarawak, perlu memandangkan banyak keputusan sebelum ini dibuat di Kuala Lumpur tanpa mengambil kira kepentingan sebenar kedua-dua negeri itu, kata perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata antara langkah yang mungkin boleh diambil ialah mengambil lebih banyak rakyat Sabah dan Sarawak bekerja di Semenanjung dalam sektor kerajaan, ataupun memberi lebih banyak kuasa autonomi kepada pentadbiran negeri itu.
Ditanya sekiranya adakah ia akan melibatkan sektor pendidikan dan kesihatan, perdana menteri berkata, “Ya, (sebagai contoh) saya diberitahu banyak sekolah di negeri anda masih dibuat dari kayu, dan masih banyak perkara harus diberi perhatian di sini.”
Menjelas lanjut, perdana menteri berkata sebarang perubahan terhadap Perlembagaan itu memerlukan majoriti dua pertiga di dalam Parlimen, yang mana melibatkan sokongan daripada pihak pembangkang.
“Sementara itu, kami akan terus mengkaji perkara yang perlu dimansuhkan atau diganti dengan klausa baharu, tetapi ada juga beberapa undang-undang berkaitan yang perlu kami teliti,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sarapan pagi dengan jemaah Kabinet Sabah, yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berharap agar pihak pembangkang dapat memberi sokongan apabila diperlukan demi kepentingan rakyat kedua-dua negeri itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami