Keperibadian Tan Sri Dr Arshad Ayub yang tidak mengenal takut, tidak serik dan tidak gentar menyuarakan wawasannya untuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjadikan orang Melayu menghargai, berhasrat, bersedia dan berupaya menguasai bahasa Inggeris.
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, beberapa langkah dibuat Pro Canselor UiTM itu turut menyebabkan orang Melayu tidak membantah bahasa Inggeris diajar kepada pelajar Melayu, asalkan kaedah pengajarannya betul lagi berkesan.
Titah baginda, ia termasuk kaedah pengajaran yang dapat memberikan nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu.
Namun titah baginda, orang Melayu bimbang dan membantah akan kaedah pengajaran yang dilaksanakan tanpa perancangan dan persiapan yang rapi, hingga mengakibatkan anak Melayu berakhir dengan nilai bersih negatif dan menghadapi nasib yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran.
"Dalam melaksanakan sesuatu program, perlu adanya pelan komunikasi yang efektif, bersifat terang lagi bersuluh, mencerahkan kepada kumpulan sasar dan masyarakat umum mengenai wawasan, matlamat, faedah, kaedah dan keperluan sesuatu program, untuk mengelak berlakunya sebarang polemik atau diputar untuk permainan dan sensasi politik.
"Pada setiap masa, status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan terus didaulatkan dan sama sekali tidak dikompromikan dalam majlis dan urusan rasmi di ITM dan UiTM," titah baginda semasa pelancaran buku: 'Arshad Ayub - Menanam Pokok Tempat Berteduh' di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, pada Selasa.
'Arshad Ayub – Menanam Pokok Tempat Berteduh' terbitan Universiti Malaya, mengandungi kompilasi 13 esei, sumbangan 15 orang penulis, daripada kalangan lulusan ITM, serta kalangan mereka yang pernah berpeluang mengenali Arshad secara peribadi.
Titah baginda, kompilasi esei yang terkandung dalam penerbitan itu merupakan satu jendela untuk masyarakat mengenali Arshad.
"Esei itu juga dapat memahami dan menghayati satu perjuangan, satu wawasan yang diterjemahkan kepada realiti melalui komitmen, dedikasi, kegigihan, keberanian dan pengorbanan seorang peneraju kejuruteraan sosial, seorang jurubina ilmu, seorang strategis dan seorang pemikir yang telah meletakkan batu asas yang kukuh ketika diberikan amanah membangunkan sebuah institusi pengajian tinggi, yang kini telah menghasilkan lebih 700,000 graduan," titah baginda.
Dalam pada itu titah baginda, komitmen bukan Melayu memenuhi tanggungjawab mengilmukan anak Melayu apabila diberikan amanah di sebuah institusi Melayu sehingga lahirnya kumpulan profesional dan menengah Melayu yang ramai membuktikan kerjasama antara kaum telah berjaya dijalinkan melalui program dan institusi pendidikan.
"Ia memberikan sinar harapan bahawa kerjasama antara kaum lebih mudah dipupuk, jika retorik politik yang berpaksikan kaum – berpaksikan agama dapat diminimumkan, dan politik yang mensensasikan kaum dan agama dapat dihentikan," titah baginda.
Walaupun memimpin sebuah institusi pengajian tinggi yang diwujudkan khusus untuk membangunkan modal insan Melayu, pada era kepimpinan beliau, baginda bertitah, majoriti pensyarah di ITM, terdiri daripada orang bukan Melayu kerana Arshad tidak memiliki sifat prejudis dan tidak juga berprasangka negatif terhadap orang bukan Melayu.
Titah baginda, Arshad juga berkeyakinan penuh bahawa dalam tugas penyampaian ilmu, kaum boleh mengatasi sempadan.
Arshad akan mencecah usia 92 tahun pada tahun ini.
Wan Syamsul Amly
Tue Jan 14 2020
Sultan Nazrin bertitah, majoriti pensyarah di ITM terdiri daripada orang bukan Melayu kerana Arshad tidak memiliki sifat prejudis dan tidak juga berprasangka negatif terhadap orang bukan Melayu. - Facebook UM
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.