Keputusan pihak Istana Negara untuk menyelesaikan kemelut pelantikan Perdana Menteri ke-8 hampir muktamad.

Peguambela dan peguamcara, Datuk Salehuddin Saidin berkata, ini selepas pihak Istana Negara mengambil ketetapan untuk berhubung dengan ketua-ketua pemimpin parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat bagi mengemukakan pencalonan nama bakal Perdana Menteri.


Katanya, keputusan tersebut disifatkan sebagai langkah terbaik yang patut disambut rakyat.

"Ini satu keputusan yang amat baik dan patut disambut oleh rakyat kerana usaha itu mengambil kira keseluruhan kerajaan dibentuk.

"Jadi kita perlu tunggu dalam tempoh sehari dua lagi untuk Yang di-Pertuan Agong menentukan siapakah calon Perdana Menteri seterusnya selepas semua ketua parti mengemuka nama calon untuk mendapat kepercayaan majoriti," katanya ketika dihubungi menerusi Buletin AWANI Khas pada Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan rasmi Istana Negara berhubung Seri Paduka Baginda masih belum memperoleh keyakinan mengenai seorang ahli Dewan Rakyat, yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu menerusi proses temu bual khas lalu.

BACA: Tiada mesyuarat khas Dewan Rakyat pada 2 Mac

BACA: YDP Agong akan adakan pertemuan dengan ketua-ketua pimpinan parti politik - Istana Negara

BACA: King has discretionary powers to choose PM, Cabinet

BACA: Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja diharap rungkai kemelut politik negara