awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan tamatkan PKPB bergantung pada resam rakyat jaga SOP kebersihan, kesihatan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
23/05/2020
13:12 MYT
Keputusan tamatkan PKPB bergantung pada resam rakyat jaga SOP kebersihan, kesihatan
Kerajaan akan yakin untuk membuat keputusan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila rakyat bertanggungjawab.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menekankan kepentingan semua anggota masyarakat untuk sama-sama bertanggungjawab dalam mengekang penyebaran wabak COVID-19.
Hanya selepas amalan penjagaan kesihatan diri menjadi kelaziman rakyat, barulah kerajaan akan yakin untuk membuat keputusan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Apabila kita patuhi semua garis panduan, ini bermakna kita telah menjalankan tanggungjawab kita. Ini besar maknanya, terutama bagi pimpinan masyarakat untuk mengetuai usaha ini, selain barisan hadapan kita.
"Ini merupakan langkah exit plan dan jika kita tidak mahu dijangkiti, kita harus menjadikan penjagaan kesihatan dan kebersihan sebagai amalan, seperti mencuci tangan, memeriksa suhu badan sendiri serta memakai topeng hidung dan mulut apabila berada di luar rumah.
"Paling penting, perlu ada sifat saling tegur-menegur sebagai sebahagian kewajipan bersama. Apabila ini sudah menjadi resam, barulah kerajaan akan putuskan bila PKPB tidak dikuatkuasakan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Khas Aidilfitri yang disiarkan pada Sabtu malam.
Perdana Menteri juga menyifatkan normal baharu dalam Ramadan yang baru berlalu ini sebagai mengandungi hikmah tersendiri.
"Sebulan bertarawih di rumah, ramai bapa sudah pandai jadi imam, ada anak lelaki yang sudah pandai menjadi bilal.
"Ada keluarga yang menjadikan tadarus al-Quran sebagai kebiasaan. Ini sekali gus mengeratkan hubungan dan kasih sayang sesama ahli keluarga," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#kerajaan
#kesihatan
#Perdana Menteri
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
#rakyat
#Ramadan
#SOP
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan