Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikeluarkan pada Selasa ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi hari yang sama.

Calon juga boleh menggunakan semakan keputusan UPSR 2015 melalui mySMS 15888.

Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi, 17 November ini dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, pada 23 November.

Seramai 455,929 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,134 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Peperiksaan UPSR berlangsung pada 8 hingga 10 September lalu.