awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan batal kontrak NFC kerana gagal bayar balik pinjaman

Bernama
Bernama
05/11/2014
11:13 MYT
Kerajaan akan batal kontrak NFC kerana gagal bayar balik pinjaman
NAJIB: Kerajaan telah mengemukakan Notis Membaiki Kemungkiran kepada NFCorp pada 5 Mei 2014.
Kerajaan akan membatalkan kontrak dengan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) berikutan kegagalan syarikat itu menjelaskan pembayaran balik bagi pinjaman berjumlah RM250 juta.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata syarikat itu gagal menjelaskan pembayaran ansuran pinjaman itu bagi tahun ini yang telah matang pada 9 Jan lepas.
"Kerajaan telah mengemukakan Notis Membaiki Kemungkiran kepada NFCorp pada 5 Mei 2014 dengan tempoh yang diberikan selama 90 hari. Bagaimanapun, NFCorp tetap gagal meremedi kemungkiran tersebut.
"Lanjutan daripada itu, kerajaan mengemukakan Notis Pengisytiharan sekiranya berlaku kemungkiran pada 4 Sept 2014 untuk penamatan perjanjian dan seterusnya akan mengambil tindakan undang-undang," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Khalid meminta Menteri Kewangan memberitahu mengenai status tuntutan semula pinjaman kewangan yang diberikan kepada NFC.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pinjaman tersebut perlu dibayar bermula 2012 sehingga 2028.
"Sehingga 30 Sept 2014, bayaran balik yang dikutip ialah RM34.98 juta bagi ansuran 2012 dan 2013," katanya.
Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.
Topic Berkaitan
#Fidlot Nasional
#Najib Razak
#NFC
#NFCorp
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan