Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memaklumkan bahawa kakitangan awam akan diberi bonus sempena hari raya Aidilfitri tahun ini.

Bagaimanapun katanya, jumlah bonus berkenaan belum dapat dipastikan lagi.

"Kita akan bagi bonus, banyak mana tidak tau lagi," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang turut dihadiri oleh Pengerusi PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Dalam Bajet 2018, kerajaan Barisan Nasional mengumumkan bantuan khas sebanyak RM1,500 kepada 1.6 juta penjawat awam.

Sebanyak RM1,000 sudah dibayar pada Januari lepas manakala bakinya dijadualkan sebelum sambutan Aidilfitri.