Tutup

Kerajaan akan beri tumpuan pembangunan Sabah, Sarawak - PM

Kerajaan akan beri tumpuan pembangunan Sabah, Sarawak - PM
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada program Jum Berambeh Bersatu di Kuching. - Foto Twitter/@maszlee
KUCHING: Kerajaan Persekutuan akan memberi tumpuan kepada pembangunan di Sabah dan Sarawak agar ia seimbang dengan pembangunan di Semenanjung.

Demikian kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam amanatnya semasa menghadiri program ‘Jum Berambeh Bersatu’ di Kuching, pada Isnin.

Katanya, walaupun Sarawak kaya dengan hasil minyak tetapi pembangunan di negeri itu masih kurang.

Jelas Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kerajaan terdahulu tidak beri tumpuan sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak semasa pemerintahannya.
“Keadaan di negeri Sarawak ini yang kaya dengan minyak tetapi pembangunan kita dapati tidak diagih sama rata antara rakyat di Sarawak sendiri dan juga antara rakyat Sarawak dan Semenanjung.

“Ini sudah tentu daripada kajian-kajian yang kita lakukan kita perlu memberi tumpuan yang lebih kepada negeri Sarawak dan juga negeri Sabah supaya rakyat di negeri-negeri itu akan dapat layanan yang sama seperti rakyat di Semenanjung,” kata Perdana Menteri.
Malah, katanya, pembangunan di luar bandar masih perlu dipertingkatkan bagi rapatkan jurang perbezaan.

Tambah Dr Mahathir, ini juga selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 yang baharu diperkenalkan.




Tag: Sarawak, kerajaan persekutuan, pembangunan Sabah Sarawak, Jum Berambeh Sarawak, Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, Wawasan Kemakmuran Bersama



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.