awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan mansuhkan Sosma - Dr Mahathir

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
22/07/2018
16:13 MYT
Kerajaan akan mansuhkan Sosma - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata rakyat akan dilindungi dengan undang-undang yang adil dan sebarang kesalahan akan ditentukan oleh mahkamah. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Kerajaan akan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang diperkenalkan ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata menerusi SOSMA kerajaan boleh menangkap sesiapa sahaja tanpa perlu dibawa ke mahkamah dan terdapat sesetengah suspek yang ditemui meninggal dunia ketika masih dalam tahanan.
“Undang-undang SOSMA kalau sesiapa ditangkap tidak bawa ke mahkamah, kalau mati tiada inkuiri dan tiada tindakan yang boleh dikenakan kepada mereka yang membunuh individu yang ditangkap itu.
"Itu undang-undang yang diluluskan oleh Najib dan kami akan mansuhkan undang-undang itu,” katanya ketika berucap di majlis makan malam mengutip dana Tabung Harapan di Ideal Convention Center (IDCC) di sini, malam ini.
Turut hadir isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Menteri Wilayah Khalid Abd Samad, Anggota Parlimen Klang Charles Santiago dan Presiden gabungan persatuan itu, Datuk Tony Tang.
Penganjur majlis makan malam itu, Gabungan Persatuan Cina Klang menyerahkan replika cek berjumlah RM3,479,100 kepada Dr Mahathir untuk mengisi Tabung Harapan.
Menurut Dr Mahathir, Pakatan Harapan akan memastikan rakyat akan dilindungi dengan undang-undang yang adil dan sebarang kesalahan akan ditentukan oleh mahkamah.
“Kita ada undang-undang dalam negara ini, dan ia akan dikuatkuasakan supaya rakyat tidak ditindas oleh kerajaan yang tidak peduli terhadap undang-undang.
“Ini penting kerana undang-undang digubal untuk melindungi rakyat. Tetapi semasa pentadbiran Najib, beliau abaikan undang-undang dan buat sesuka hati. Tetapi sekarang, kita mengembalikan kedaulatan undang-undang.
“Mahkamah akan menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak,” katanya lagi.
Dalam ucapannya juga, Dr Mahathir berkata ketika Pakatan Harapan mengambil alih petadbiran negara, banyak kerosakan yang dilakukan oleh BN dan ia jauh lebih besar daripada apa yang dijangkakan.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#SOSMA
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan