awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan pastikan projek 2020 dilaksana sepenuhnya - Mustapa

Bernama
Bernama
14/11/2020
12:29 MYT
Kerajaan akan pastikan projek 2020 dilaksana sepenuhnya - Mustapa
Dalam menjalani kehidupan normal baharu 'bersama' COVID-19, kita perlu terus mencari jalan yang kreatif untuk memastikan kelangsungan ekonomi tidak terjejas, kata Mustapa. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR:Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara akan mempengerusikan satu mesyuarat dalam masa terdekat bagi memastikan projek tahun 2020 dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Mustapa dalam satu kenyataan hari ini berkata, mesyuarat yang akan turut disertai oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan beberapa kementerian yang utama akan turut membincangkan pelan pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan 2021.
"Di bawah pakej Prihatin, kerajaan telah memperuntukkan RM4 bilion untuk projek-projek yang dilaksanakan oleh kontraktor kelas G1 dan G2 manakala dalam Belanjawan 2021 pula, sebanyak RM2.5 bilion diperuntukkan.
"Ini akan memanfaatkan kira-kira 54,000 kontraktor kelas G1 dan 24,000 kontraktor kelas G2 di seluruh negara," katanya.
Mustapa berkata, walaupun ekonomi telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan, keadaan ini masih jauh daripada keadaan sebelum krisis memandangkan vaksin COVID-19 masih belum berjaya dengan sepenuhnya dan sempadan negara masih ditutup.
"Justeru, dalam menjalani kehidupan normal baharu 'bersama' COVID-19, kita perlu terus mencari jalan yang kreatif untuk memastikan kelangsungan ekonomi tidak terjejas," kata beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) suku ketiga 2020 yang mencatatkan penguncupan 2.7 peratus, adalah lebih baik berbanding dengan jangkaan konsensus Bloomberg yang menganggarkan penguncupan sebanyak 4.0 peratus dan ini memberi petunjuk yang jelas negara berada dalam landasan yang tepat untuk pemulihan.
Beliau turut menjelaskan setakat 8 November 2020, sebanyak 80.6 peratus daripada RM64.96 bilion peruntukan perbelanjaan pembangunan 2020 telah dibelanjakan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Projek 2020
#kerajaan
#Pakej Prihatin
#Belanjawan 2021
#Keluaran Dalam Negeri Kasar
#Mustapa Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan