Kerajaan Selangor akan bertindak merampas tanah para petani yang masih degil melakukan pembakaran terbuka di negeri ini yang dilihat semakin berleluasa dari tahun ke tahun.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata tindakan tegas itu perlu dilakukan kerana para petani terutamanya di kawasan Johan Setia di sini masih melakukan perbuatan berkenaan walaupun kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan larangan.
"Pembakaran terbuka untuk aktiviti pertanian ini sedikit sebanyak telah memburukkan lagi situasi jerebu yang melanda negara sekarang.
"Bagaimanapun, kita akan pastikan tindakan (merampas tanah) ini akan mengikut prosedur dan proses ditetapkan kerana bukan mudah untuk mengambil tanah ini kerana ada tanah disewa dan ada juga tanah diceroboh untuk menanam sayur-sayuran," katanya kepada pemberita selepas hadir ke Pertandingan Debat dan Pidato XI Yayasan Selangor, di sini, hari ini.
Amirudin berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat terhadap petani yang ingkar dengan arahan dikeluarkan kerana perbuatan itu dilakukan pada waktu malam dan awal pagi.
"Apabila kita pergi, tuan tanah tidak ada, tak tahu di mana dan bila sampai di lokasi kita mengambil langkah memadamkan api dahulu sebelum mencari pihak yang membakar," katanya.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar setakat pukul 2 petang tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara di Johan Setia adalah 204, Klang (150) dan Banting (155).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 16 2019
Amirudin berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat terhadap petani yang ingkar dengan arahan dikeluarkan kerana perbuatan itu dilakukan pada waktu malam dan awal pagi. - Gambar hiasan
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu
PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
Selangor sedia kerjasama, kukuh keberkesanan PADU - MB
Kerajaan Negeri Selangor sedia bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi bagi menyempurnakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Selangor mantapkan ekosistem TVET, tawar kerjaya bergaji tinggi - Amirudin
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Stoking kalimah Allah: Kerajaan Selangor panggil pengurusan KK Mart
Amirudin Shari berkata pihak KK Mart perlu membuat penjelasan terperinci kepada kerajaan negeri, terhadap insiden yang mengguris hati umat Islam itu.
Notis kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu dimaklum dalam masa terdekat
Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka dimaklumkan kepada Pejabat Speaker DUN Selangor pada Isnin depan.
Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji
Bantuan khas kewangan Aidilfitri itu akan disalurkan pada 8 April depan.
PBT Selangor disaran laksana program kumpul lebihan makanan tidak terjual di bazar Ramadan
Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diminta melaksanakan program mengumpul lebihan makanan tidak terjual di bazar Ramadan di kawasan masing-masing.
Kerajaan Selangor rangka strategi giatkan pendaftaran PADU, pastikan tiada keciciran - Amirudin
Kerajaan Selangor akan merangka strategi ke arah mempergiatkan usaha meningkatkan bilangan penduduk negeri itu berdaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).