Kerajaan akan teruskan proses pemutihan dalam perkhidmatan awam

Kerajaan akan teruskan proses pemutihan dalam perkhidmatan awam
Ong Kian Ming walaupun beliau tidak berhadapan dengan masalah untuk bekerjasama dengan kakitangan di MITI, kementerian lain masih berdepan kesukaran. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kerajaan akan meneruskan 'proses pemutihan' dalam perkhidmatan awam, dedah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Ong Kian Ming.

Katanya walaupun beliau tidak berhadapan dengan masalah untuk bekerjasama dengan kakitangan di MITI, kementerian lain masih berdepan kesukaran. 

"Saya tidak nafikan kementerian lain seperti Kementeraian Komunikasi dan Multimedia memang ada cabaran yang lebih berat kerana ada ramai orang yang lebih berpihak kepada kerajaan lalu dan kita kita masih buat cleaning up process (proses pembersihan)," katanya.
Strategis pilihan raya Parti Tindakan Rakyat (DAP) itu juga mengakui jentera parti PH lemah sejak parti itu berjaya tubuh kerajaan tahun lalu.



Dedahnya, keadaan itu terjadi apabila ramai kalangan 'orang kuat parti' yang sebelum ini menjadi tulang belakang kepada kempen parti kini sudah menyertai pentadbiran lalu keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada jentera parti.

"Ramai mereka sudah sertai (pentadbiran) kerajaan, jadi jentera perti itu sudah sedikit lemah," jelas Kian Meng kepada Astro AWANI menerusi program Agenda AWANI pada Rabu.

Keadaan berkenaan juga diburukkan dengan kesibukan tugas menteri dan timbalan menteri sehingga mereka tidak dapat untuk selalu bersama rakyat bagi menjelaskan dasar terbaharu kerajaan.

"Ramai menteri dan timbalan menteri sibuk dengan tugasan mereka dan (ditambah pula) mereka masih baru sebagai menteri, jadi mereka kekurangan masa untuk berada dekat dengan akar umbi untuk menjelaskan mengenai polisi kerajaan yang baharu," jelasnya.

Bagaimanapun alumni Universiti Cambrigde itu mengakui keadaan kini lebih stabil apabila kerjasama antara jentera parti serta agensi kerajaan sudah semakin baik bagi menyebar luas dasar terbaharu kerajaan demi manfaat rakyat.



Tag: MITI, Agenda Awani, pilihan raya, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, proses pemutihan, perkhidmatan awam, Ong Kian Ming


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.