Kerajaan akan mencari jalan terbaik bagi memastikan penjawat awam tidak tertindas susulan cadangan penghentrian skim pencen kakitangan awam.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mungkin akan meneruskan skim pencen namun langkah pelaksanaan sesuai harus dicari bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan.
“Dahulu bilangan penjawat awam sedikit, namun kini lebih ramai dan gaji mereka lebih tinggi.
“Jika kita tidak asingkan bayaran pencen, kita mungkin tidak akan mampu tanggung,” katanya sewaktu sidang media selepas lawatan kerja di Kyoto, Jepun.
Beliau bagaimanapun menegaskan Kabinet belum membincangkan dan memutuskan perkara berkenaan.
Untuk rekod, menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah, bayaran pencen yang ditanggung kerajaan adalah sekitar RM28 bilion setahun.
“Angka itu mungkin akan meningkat kerana gaji penjawat awam naik mendadak semasa zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), dan zaman Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga 25 peratus.
“Pencen ini kita bayar iktu jumlah gaji terakhir, jika gaji mereka RM20,000, kita perlu bayar RM10,000. Orang yang masih bekerja pun tidak dapat jumlah sebegitu,” katanya.
Dr Mahathir menambah masalah mula timbul apabila kerajaan terdahulu tidak memikirkan soal hutang yang terpaksa ditanggung akibat kenaikan mendadak gaji penjawat awam ini.
“Kini hasil pendapat kita terpaksa membayar hutang dan jika kita tidak bayar kita boleh muflis seperti Greece,” tegasnya.
Dr Mahathir berkata kerajaan akan terus berunding dengan pihak berkepentingan termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sebelum membuat sebarang keputusan.
Najib Aroff
Sat Sep 07 2019
Menurut Mahathir, dahulu bilangan penjawat awam sedikit, namun kini lebih ramai dan gaji mereka lebih tinggi. - Gambar fail
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
1.2 juta penjawat awam telah daftar PADU - Ketua Perangkawan
Sebanyak 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara telah mendaftar dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat hari ini.
Peningkatan peruntukan PHEKS bantu kesatuan laksana aktiviti - Cuepacs
Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) yang dinaikkan kepada RM5.8 juta tahun ini akan memberikan kesan positif kepada kesatuan sekerja di Malaysia.
Kakitangan awam negeri Kedah terima bantuan khas RM400
Kerajaan negeri Kedah hari ini memutuskan untuk memberi bantuan khas RM400 kepada kakitangan awam negeri itu yang akan dibayar pada 14 Sept ini.
Jangan pandang enteng keamanan dan kestabilan dikecapi negara
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata semangat dan kerjasama sedia ada dalam kalangan rakyat merupakan benteng kukuh yang akan terus memelihara Malaysia daripada sebarang ancaman.
DAP tidak berhasrat untuk mengurangkan kakitangan awam atas dasar kaum - Aziz Bari
DAP menegaskan bahawa parti tidak ada hasrat atau dasar untuk mengurangkan kakitangan awam, apalagi di atas asas dan perkiraan kaum.
Soleh, si kucing dilantik sebagai penjawat awam
Seekor kucing 'dilantik' sebagai penjawat awam (PNS) di Pejabat Perkhidmatan Cukai atau KPP Pratama Serpong di Tangerang Selatan, Indonesia.
Bajet 2023: Laksanakan inisiatif ikut tempoh ditetapkan - Cuepacs
Cuepacs berharap kerajaan dapat menyalurkan segala inisiatif yang diumumkan melalui Bajet 2023 mengikut tempoh masa yang ditetapkan tanpa sebarang kelewatan serta proses birokrasi.
Mekanisme semak imbang, aktiviti audit tutup peluang rasuah
Tindakan tersebut bertujuan memastikan kebajikan rakyat dijaga, terutamanya kakitangan awam.
Kakitangan awam terjejas banjir diberi cuti kecemasan, majikan swasta digalak ikut serta - PM
Kerajaan memahami kesulitan yang dialami kakitangan awam disebabkan bencana alam itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kerajaan galak pegawai perkhidmatan awam pakai batik setiap Khamis
Kerajaan menggalakkan pegawai perkhidmatan awam Persekutuan memakai pakaian batik Malaysia sebagai pakaian bekerja pada setiap Khamis.