Kerajaan baharu Kedah akan percepat perlaksanaan projek ikonik - Sanusi

Menurut beliau, iniatif terbabit dilihat dapat mengangkat sektor ekonomi dan pelaburan di Kedah ke peringkat lebih tinggi selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri itu.. "Saya haraplah masa kita ini (pentadbiran baharu), kita akan guna sebaik mungkin dalam tempoh yang ada ini kita akan pecut sepantas yang boleh untuk merealisasikan KXP (keutamaan) saya pun sudah sembah maklum kepada Tuanku Sultan Kedah untuk laksanakan projek-projek besar ini sebagai pencetus kepada kebangkitan ekonomi di Kedah, satu projek lagi zon ekonomi Bukit Kayu Hitam (juga) akan dipercepatkan," kata beliau. Sanusi berkata demikian dalam sidang media Menteri Besar Kedah sempena Hari Raya Aidilfitri di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman pada Selasa. Dalam perkembangan sama, kerajaan negeri akan mempertimbangkan membuka kembali konsesi balak di luar kawasan Ulu Muda bagi mengelak membayar tuntutan ganti rugi dianggarkan bernilai RM1 billion kepada syarikat pembalakan yang telah diberi kelulusan sebelum ini. Bagaimanapun, pihaknya akan menpertahankan status Ulu Muda sebagai kawasan Hutan Simpan dan tadahan dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar seperti yang telah digazetkan sebelum ini..