Kabinet bersetuju untuk membayar balik sejumlah RM555 juta dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT) yang sebelum ini digunakan untuk mengambil alih operasi 47 kamera termasuk aset pada 2015.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata pembayaran balik itu akan dibuat secara berperingkat.

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan bagi menentukan kaedah pembayaran yang boleh dilakukan bagi memulangkan semula dana yang digunakan Barisan Nasional (BN) untuk tujuan yang jelas merugikan LTAT.

Menurutnya, pada 2015, kerajaan BN mengarahkan LTAT menggunakan wang tabung angkatan tentera itu untuk membayar RM555 juta kepada syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd bagi mengambil alih pelaksanaan AES.

"Untuk makluman, bayaran RM295 juta kepada ATES Sdn Bhd dan RM260 juta kepada Beta Tegap Sdn Bhd itu tidak melibatkan pemilikan aset yang besar kecuali hanya untuk 47 kamera AES berkenaan," katanya kepada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Pada sidang media yang sama, Loke trurut mengumumkan pembatalan 3.1 juta saman yang dikeluarkan AES bermula 2012 hingga sekarang.

BACA: Semua saman AES dibatalkan