Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP sebelum ini telah bersetuju untuk membenarkan kemasukan warganegara asing ke Malaysia bagi tujuan perubatan (healthcare travellers).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata fasa pertama pelaksanaan kebenaran ini terpakai dalam tempoh PKPP dan sekatan perjalanan antarabangsa yang sedang berkuatkuasa.

Berikut lima perkara penting yang dinyatakan beliau dalam satu kenyataan hari ini:

1. PDRM reman dua individu, dua lagi dikompaun kerana sertai aktiviti pub, urut dan langgar SOP.

2. 67 sekatan jalan raya Operasi Benteng telah memeriksa 45,526 kenderaan, seorang PATI ditahan.

3. Pada Rabu, 358 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dari Singapura, UAE, Indonesia, Hong Kong, China dan Jepun.

4. 356 individu diperintah jalani proses kuarantin wajib di kediaman, dua lagi dibawa ke hospital.

5. Kerajaan gariskan klasifikasi Fasa 1A dan Fasa 1B bagi warganegara asing yang ingin mendapatkan rawatan di Malaysia.