awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan ikrar hukuman berat terhadap pemandu mabuk - PM

Najib Aroff
Najib Aroff
30/05/2020
07:59 MYT
Kerajaan ikrar hukuman berat terhadap pemandu mabuk - PM
Akta sedia ada memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan - Foto Astro AWANI
Hukuman berat menanti pemandu yang disabit dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut catatan di Facebook rasminya, Perdana Menteri berkata, beliau sudah mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
"Pindaan ke atas Akta 333 diharap dapat menetapkan hukuman mandatori lebih berat dan setimpal terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan apatah lagi kematian kepada pengguna jalan raya yang lain.
"Saya difahamkan pindaan akta ini akan dimuktamadkan pertengahan Jun depan sebelum dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibentangkan pada persidangan akan datang," tulis beliau lagi.
Mengikut undang-undang sedia ada, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.
Manakala bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 dan penjara maksimum 10 tahun.
Sumber Facebook ts.muhyiddin
Muhyiddin berkata, pindaan tersebut diharap memberi pembelaan kepada waris keluarga mangsa kemalangan yang terjejas akibat pemandu mabuk.
Muhyiddin turut memetik statistik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan sebanyak 21 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dicatatkan sepanjang lima bulan pertama tahun ini dengan lapan mangsa telah kehilangan nyawa.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan
#Dadah
#Dewan Rakyat
#kemalangan
#Muhyiddin Yassin
#PDRM
#pemandu mabuk
#pengaruh alkohol
#Perdana Menteri
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan