awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan isytihar kecemasan jika suhu lebih 40 Celsius selama tujuh hari

Tan Su Lin
Tan Su Lin
18/03/2016
10:23 MYT
Kerajaan isytihar kecemasan jika suhu lebih 40 Celsius selama tujuh hari
Garis panduan bagi peringkat kecemasan akan diperhalusi jawatankuasa teknikal Isnin depan. - Foto Fail
Kerajaan akan mengisytiharkan Kecemasan Gelombang Haba bagi kawasan yang mencapai suhu melampau melebihi 40 darjah Celsius selama atau melebihi tujuh hari dalam tempoh cuaca panas dan kering yang berpanjangan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perkara itu antara garis panduan yang dipersetujui Kabinet bagi menangani gelombang haba yang melanda negara ketika ini.
Peringkat amaran pertama akan dikeluarkan jika suhu melebihu 37 darjah Celsius selama lebih 72 jam.
"Aktiviti pelajar di luar bangunan seperti acara sukan, ko-kurikulum, perhimpunan, merentas desa dan perkhemahan akan ditangguhkan. Selain itu, menangguhkan aktiviti sukan dan latihan atlet di luar bangunan pada siang hari."
"Nasihat juga akan dikeluarkan krpada orang ramai bagi menghadkan aktiviti luar rumah terutamanya bagi warga emas, kanak-kanak dan mereka yang sensitif kepada cuaca panas," katanya dalam sidang media khas berkenaan pelan tindakan menangani gelombang haba di sini, pada Jumaat.
Sementara itu, amaran kedua akan dikeluarkan sekiranya suhu melebihi 37 darjah Celsius selama lebih 72 jam dan peningkatan suhu berterusan.
"Sesi persekolahan akan ditangguhkan dan sekolah, tadika serta taska di kawasan yang terbabit akan ditutup," katanya.
Tahap amaran ketiga adalah peringkat kecemasan atau bencana yang akan diisyitharkan kerajaan.
Namun garis panduan bagi peringkat kecemasan akan diperhalusi jawatankuasa teknikal Isnin depan.
Topic Berkaitan
#Kecemasan Gelombang Haba
#Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan