awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Johor bagi air percuma bermula September

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2018
10:00 MYT
Kerajaan Johor bagi air percuma bermula September
Dalam manifesto Pakatan Harapan Johor, 10 meter padu air percuma akan diberikan berserta bekalan air berkualiti tanpa gangguan. - Gambar hiasan
Kerajaan Johor akan memberikan air percuma kepada golongan pendapatan sederhana negeri ini bermula awal September.
Ia bagi menepati antara 10 janji manifesto Pakatan Harapan Johor dalam tempoh 100 hari pentadbirannya.
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata air percuma 10 meter padu itu akan memberi manfaat kepada 395,000 isi rumah yang berkelayakan.
Katanya, nilai 10 meter padu air percuma bersamaan dengan RM10 dan keseluruhan kos air percuma melibatkan perbelanjaan sebanyak RM25 juta setahun.
"Kita telah lihat dan teliti, Kerajaan Johor ada kemampuan untuk biaya kos ini. Ini telah diluluskan dalam mesyuarat semalam dan kita akan mulakan pada awal September ini," kata beliau pada sidang media semasa menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Prasarana Rakyat Johor di sini, hari ini.
Dalam manifesto Pakatan Harapan Johor, 10 meter padu air percuma akan diberikan berserta bekalan air berkualiti tanpa gangguan.
Topic Berkaitan
#Air percuma
#Kerajaan Johor
#manifesto pru
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan