Kerajaan kekal dengan pendirian untuk meneruskan operasi Lynas seperti yang dimaklumkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), Khamis lalu.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, perkara itu diputuskan hasil laporan siasatan yang dicadangkan oleh pasukan pakar, walaupun menyedari segelintir pihak membantahnya.
"Amat sukar untuk kerajaan membuat keputusan sebab pandangan popular satu perkara, pandangan pakar satu lagi perkara.
"Nak ikut pandangan popular atau laporan pakar? Kalau ikut pandangan popular, tidak ada apa yang dapat kita lakukan sebab setiap kali kita cadangkan untuk buat sesuatu, pasti akan ada orang yang membantahnya," katanya dalam sidang media pada Ahad.
Menurut beliau, berdasarkan dapatan laporan pakar, ia tidak berbahaya termasuk kepada lebih 700 pekerja di tapak berkenaan di Gebeng, Kuantan.
"Kita tidak boleh mengeksportnya kerana tiada siapa yang inginnya (Residu Water Leach Purification).
"Kita juga tidak boleh dibuangnya ke dalam laut kerana ia akan menyebabkan ikan mati, jika ia benar.
"Jadi kita kekal untuk ikut apa kata pakar. Saintis tahu apa yang dimaksudkan dengan bahaya," jelasnya.
Lesen operasi bersyarat kepada Lynas Malaysia Sdn. Bhd. diperbaharui selama enam bulan selepas dilanjutkan selama tiga tahun pada 2016 hingga 2 September tahun ini.
LPTA dalam kenyataan memaklumkan antara syarat yang dikenakan terhadap kilang nadir bumi itu ialah pemindahan proses ‘Cracking and Leaching’ ke luar negara dan pembinaan Kemudahan Pelupusan Kekal (PDF).
Lynas hendaklah mengemukakan perancangan bagi pembinaan kemudahan ‘Cracking and Leaching’ di luar negara bagi tujuan memindahkan proses itu yang kini dijalankan di lojinya di Gebeng, keluar dari Malaysia.
Lynas juga perlu mengenal pasti tapak khusus untuk pembinaan PDF dan mengemukakan kebenaran secara bertulis daripada kerajaan negeri bagi penggunaan tapak itu sebagai PDF.
BACA: Tidak boleh halau Lynas, pelabur asing perhati - Tun Mahathir
Harits Asyraf Hasnan
Sun Aug 18 2019
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Kerajaan kekal pendirian teruskan operasi Lynas
Kerajaan kekal dengan pendirian untuk meneruskan operasi Lynas seperti yang dimaklumkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), Khamis lalu.