awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Kelantan umum cuti peristiwa sempena perhimpunan bantah ICERD

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
05/12/2018
06:35 MYT
Kerajaan Kelantan umum cuti peristiwa sempena perhimpunan bantah ICERD
Ahmad Yakob berkata ia bertujuan memberi peluang kepada rakyat negeri ini menghadiri perhimpunan tersebut yang bakal diadakan pada 8 Disember di ibu negara. - Gambar fail
Kerajaan Kelantan mengisytiharkan 9 Disember ini sebagai cuti peristiwa sempena penganjuran Perhimpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata ia bertujuan memberi peluang kepada rakyat negeri ini menghadiri perhimpunan tersebut yang bakal diadakan pada 8 Disember di ibu negara.
“Kita hendak ambil (umum) cuti peristiwa pada 9 haribulan, Ahad ini, untuk memberi peluang kepada rakyat kita, untuk sama-sama hadir ke perhimpunan aman (ICERD) di Kuala Lumpur, pada 9 haribulan, kita umum cuti peristiwa,” katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menasihatkan penyokong parti itu yang hadir ke perhimpunan tersebut supaya menjaga tingkah laku, dan tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang mungkin timbul.
Beliau menjangkakan hampir 100 ribu penyokong Pas dari negeri ini bakal hadir ke perhimpunan tersebut.
Menurutnya lagi, Pas menggunakan khidmat lebih 10 ribu anggota Unit Amal yang akan membantu pasukan keselamatan bagi memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan lancar.
Himpunan bantah ICERD dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini dan dijangka dihadiri lebih 500,000 rakyat melibatkan pelbagai latar belakang.
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#diskiriminasi
#ICERD
#keselamatan
#Kuala Lumpur
#Menteri Besar
#Mohd Amar Nik Abdullah
#PAS
#perhimpunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan