Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kerajaan kesal Sajad bertelekung di Tanah Suci: Mujahid

Kerajaan kesal Sajad bertelekung di Tanah Suci: Mujahid
Tndakan Sajad kata, Mujahid, telah mencemarkan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi. - Gambar fail
PUTRAJAYA : Kerajaan kesal dengan tindakan ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzaman dan rakan-rakan yang bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, tindakan itu telah mencemarkan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi.
"Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan," katanya kepada pemberita selepas sesi townhall Maqasid Syariah di Kementerian Kesihatan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya agensi pelancongan yang membawa Muhammad Sajad,35, sepatutnya sedia maklum dengan status lelaki itu.
Terdahulu, peserta Pencetus Ummah (PU), Amin yang kini berada di Tanah Suci dalam perkongsian di laman sosial berkata, isu jemaah lelaki yang berpakaian seperti wanita ketika mengerjakan umrah mendapat perhatian pihak berkuasa di Makkah.

Menurut PU Amin, polis di sana mengingatkan agar jangan sesekali ada mana-mana pihak melakukan sebarang perkara yang melanggar undang-undang kerana ini merupakan tempat ibadah dan tempat suci.

BACA: Jemaah Malaysia lelaki berpakaian wanita di Makkah, polis bagi amaran


Tag: Kerajaan kesal Sajad bertelekung, ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzaman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof, sajat



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.