awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit 'walk-in'
Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings
Roberto Carlos stabil selepas jalani pembedahan jantung kecemasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lulus RM30 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar di Kedah

Wan Syamsul Amly, Harits Asyraf Hasnan
Wan Syamsul Amly, Harits Asyraf Hasnan
24/11/2016
07:20 MYT
Kerajaan lulus RM30 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar di Kedah
ISMAIL SABRI: Keadaan berubah dan semakin maju menyebabkan loji ini tak mampu tanggung keperluan semasa di sekitar Baling. -Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan telah meluluskan RM30 juta dalam Rancangan Malaysia (RMK) Ke-11 untuk projek pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar pada 2017 di Kedah.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peruntukan itu juga melibatkan projek naik taraf loji Sungai Limau.
Jelasnya, naik taraf itu dibuat susulan bekalan air terawat sedia ada meningkat daripada 18 juta liter kepada 56 juta liter penggunaan sehari melibatkan kawasan Baling, Bayu Kupang, dan Kuala Ketil.
Menurut Ismail Sabri, pada peringkat awal, reka bentuk loji ini mencukupi untuk menampung keperluan seluruh penduduk di Baling.
"Keadaan berubah dan semakin maju menyebabkan loji ini tak mampu tanggung keperluan semasa di sekitar Baling.
"Jadi pihak kementerian akan naik taraf dan dijangka dengan siapnya naik taraf ini ia dapat tambahan kepada 5,000 ribu penduduk di daerah Baling," katanya.
Tambah Ismail Sabri, sebanyak 28 Projek Bekalan Air Luar Bandar melibatkan RM241 juta telah pun dilaksanakan di seluruh negeri Kedah dalam RMK ke-10.
Ismail Sabri berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Baling (BN), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang bertanyakan bilangan Projek Bekalan Air Luar Bandar yang telah dilaksanakan di negeri Kedah sepanjang tempoh RMK-10.
Selain itu Azeez turut bertanya bilangan kampung di Parlimen Baling yang terlibat di dalam projek berkenaan.
"Daripada jumlah itu, sebanyak RM38.551 juta dibelanjakan membabitkan 87 buah kampung di Daerah Baling," katanya.
Topic Berkaitan
#Ismail Sabri
#Kedah
#loji sungai limau
#Projek Bekalan Air Luar Bandar
#RMK 11
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan