Kerajaan mash mencari penyelesaian bagi Malaysia Airlines Bhd yang berdepan masalah, yang majoritinya milik Khazanah Nasional Bhd, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Ia bukan mudah... kami telah berbuat banyak. Kerajaan terdahulu memberikan mereka RM6 bilion dan memecat 6,000 orang, dan selain itu, mengurangkan jumlah penerbangan.
"Jadi, jika anda kurangkan tenaga kerja dan jumlah penerbangan, nisbah antara tenaga kerja dan aktiviti tidak berubah," katanya dalam temu bual dengan stesen radio BFM di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata terdapat laporan bahawa beberapa syarikat mungkin mengambil alih kepentingan dalam Malaysia Airlines, tetapi menurutnya, juga terdapat pihak yang bersikap amat sentimental dan mahu melihat syarikat itu dimiliki sepenuhnya oleh Malaysia.
"Tetapi, tidak terdapat pelabur Malaysia yang cukup mantap untuk mengambil alihnya," jelas beliau.
Ketika ditanya bila tarikh akhir ditetapkan kerajaan untuk membuat keputusan tentang nasib Malaysia Airlines dan sekiranya ia akan mengguna pakai strategi Proton Holdings Bhd yang menjual kepentingan kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group, beliau mengulangi bahawa ia bukan mudah.
"Seperti yang anda tahu, Malaysia Airlines telah menjalani banyak perubahan, termasuk perubahan dalam pengurusan dan memecat 6,000 pekerja... namun kerugian kekal tinggi," kata Dr Mahathir.
Perdana menteri turut memgambil perhatian bahawa apabila syarikat penerbangan kebangsaan itu ditubuhkan, tiada syarikat penerbangan tambang rendah, tetapi kini sudah ada.
Ini, katanya telah menjejaskan bukan sahaja Malaysia Airlines, tetapi juga banyak yang lain.
Sementara itu, pada hujung minggu lepas, sebuah akhbar perniagaan harian melaporkan Japan Airlines mungkin mengambil alih kepentingan dalam Malaysia Airlines.
Terdahulu, dalam temu bual itu, Dr Mahathir juga berkata kerajaan sedang mengkaji untuk menjual hartanah tidak penting di dalam dan luar negara, satu langkah untuk membayar hutang yang Pakatan Harapan warisi daripada kerajaan terdahulu.
"Kami perlu cari harga yang baik. Kami ada hartanah di Hong Kong, Singapura dan negara lain, bukan sahaja di tanah air," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 17 2019
DR MAHATHIR: Malaysia Airlines telah menjalani banyak perubahan, termasuk perubahan dalam pengurusan dan memecat 6,000 pekerja... namun kerugian kekal tinggi. - Gambar fail
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Syarikat penerbangan Sarawak dijangka beroperasi pada 2025 - Abang Johari
Pada masa ini, proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan negeri itu sedang berlangsung.
Sarawak sasar ambil alih satu lagi entiti untuk rancakkan sektor keusahawanan
Pengambilalihan itu akan diumum dalam tempoh sebulan dua ini dan ia merupakan satu daripada tiga entiti utama yang akan menjadi milik penuh negeri tahun ini.
Kerajaan Sarawak jalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings
Kerajaan negeri Sarawak kini sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings Sdn Bhd sebagai persediaan untuk pengambilalihan.
Sentral Reit ambil alih Menara CelcomDigi pada harga RM450 juta
Ia dijangka mengembangkan saiz asetnya sebanyak 21 peratus daripada RM2.15 bilion setakat 31 Dis 2022, kepada kira-kira RM2.60 bilion.
Erfan Gym & Fitness serius ambil alih Kelantan FC
Keputusan itu dibuat untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan yang pernah dikecapi oleh Kelantan FC pada 2012 dan 2013 lalu.
LTAT ambil alih pegangan saham Boustead Holdings Berhad
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pengambilalihan syarikat Boustead Holdings Berhad (BHB) dengan pegangan saham berjumlah kira-kira 97.63 peratus.
Kapal LCS: Kerajaan tiada pilihan selain ambil alih BNS - Anwar
Kerajaan tiada pilihan selain mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).
Ingenieur Gudang ambil alih Pandan Safari berharga RM9.07 juta
Ruang penyimpanan dan gudang yang terletak secara strategik adalah penting untuk perkhidmatan logistik yang cekap.
Tata Group 'ambil semula' syarikat Air India daripada kerajaan India
Berikutan pengambilalihan itu, Air India Limited dan kepentingannya dalam AI SATS menjadi sebahagian Kumpulan Tata.
KPM ambil alih operasi sekolah menengah agama di Labuan
Operasi sebuah sekolah menengah agama di sini yang dikendalikan MAIWP selama sedekad, akan diambil alih secara rasmi oleh KPM menerusi Jabatan Pendidikan Labuan mulai Januari tahun depan.