awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesawat tentera Thailand terhempas di Chiang Mai, dua juruterbang terbunuh
Mesir sedia terima orang awam cedera dari Gaza sebaik pintu sempadan Rafah dibuka semula
Tokyo keluar nasihat baharu influenza selepas lebih 6,000 kes dikesan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri boleh tetapkan had harga rumah pembeli asing - KPKT

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
14/10/2019
10:04 MYT
Kerajaan negeri boleh tetapkan had harga rumah pembeli asing - KPKT
Menurut pembentangan Belanjawan 2020 itu, langkah itu dilaksanakan bagi mengurangkan lambakan kondominium dan pangsapuri yang tidak terjual. - Gambar hiasan/UNSPLASH
Kerajaan negeri boleh menentukan had harga rumah kepada pembeli asing, mengikut keperluan dan kesesuaian masing-masing.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berkata cadangan penurunan had harga rumah untuk pembeli asing kepada RM600,000, itu adalah garis panduan di peringkat nasional namun terserah kepada kerajaan negeri untuk menentukannya.
Ia berikutan nilai hartanah yang berbeza di setiap negeri menyebabkan had harga rumah kepada pembeli asing itu boleh diselaraskan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri.
Menurutnya, kerajaan menetapkan had harga iaitu melebihi RM1 juta pada Mac 2014 sekiranya warga asing ingin memiliki hartanah di Malaysia.
"Tidak terpakai maknanya berdasarkan kepada negeri masing-masing. Itu adalah garis panduan, ia berdasarkan keperluan negeri masing-masing. (Belanjawan berdasarkan) statistik apakah treshhold terbaik negeri Pulau Pinang dan negeri lain-lain ada status harus diteliti untuk kesesuaian," kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pemerkasaan PBT 2019 di Bayan Baru pada Isnin.
Beliau mengulas mengenai pengumuman kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2020 yang menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar daripada RM1 juta kepada RM600,000 untuk pemilikan asing.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo berkata kerajaan Pulau Pinang sendiri mempunyai garis panduan sedia ada iaitu menghadkan pembelian rumah kepada warga asing iaitu RM3 juta ke atas tanah dan RM1 juta untuk kondominium.
Jagdeep berkata, kerajaan negeri akan menilai semula cadangan penurunan harga pemilikan hartanah asing yang diumumkan kerajaan itu.
Katanya satu perbincangan mengenai perkara itu akan dibuat dalam Mesyuarat Exco negeri minggu hadapan.
Menurut pembentangan Belanjawan 2020 itu, langkah itu dilaksanakan bagi mengurangkan lambakan kondominium dan pangsapuri yang tidak terjual.
Lambakan itu dianggarkan berjumlah RM8.3 bilion pada suku kedua tahun 2019.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2020
#Exco
#kerajaan
#KPKT
#Malaysia
#Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
#pulau pinang
#Senangkan Yang Susah
#warga asing
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan