Kerajaan Negeri Perak akan meletakkan isu ketagihan rokok elektronik atau vape dalam kalangan murid sebagai keutamaan, bagi mengekang perkara itu daripada menular terutama di sekolah rendah.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari berkata setakat ini, tiada laporan mengenai ketagihan vape dalam kalangan murid sekolah rendah di Perak.
"Bagaimanapun kita memandang serius mengenai isu ini dan pihak Jabatan Pendidikan negeri akan mengambil tindakan, sekiranya benar terdapat gejala tidak sihat ini dalam kalangan murid di sini," katanya di Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Perak 2019, anjuran Jabatan Penerangan di sini hari ini.
Dr Abdul Aziz mengulas berhubung laporan beberapa akhbar tempatan yang mendedahkan terdapat kanak-kanak seawal usia 10 tahun, yang dikesan ketagihan menghisap vape serta e-rokok termasuk 'nano stick vape', perisa dan pelbagai peralatan vape dengan saiz berbeza yang dilaporkan di sekolah-sekolah negeri lain.
Kewujudan pelbagai jenis vape bersaiz kecil antaranya berbentuk pen, jam tangan, pemetik api, pemacu pena hingga bersaiz sebesar kotak mancis dikatakan antara punca vape menjadi ketagihan baharu murid serta pelajar sekolah.
"Ia merupakan sebahagian daripada masalah displin dan saya akan berbincang dengan Pengarah Pendidikan Perak, bagi melihat strategi dan perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan perkara ini tidak bertambah buruk di negeri yang besar ini," katanya.
Katanya perkara itu bukan sesuatu yang baharu kerana masalah ketagihan rokok dalam kalangan murid sudah lama dan dikategorikan sebagai masalah disiplin.
Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri Perak Taib Ubah.
Pada majlis itu, enam kumpulan menyertai pertandingan peringkat negeri Perak, yang berbentuk penceritaan berkonsepkan Malaysia Baharu.
Johan pertandingan dari daerah Kinta memenangi wang tunai sebanyak RM3,000, plak dan sijil penyertaan manakala naib johan dimenangi kumpulan daripada Hilir Perak yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000, piala dan sijil penyertaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2019
ABDUL AZIZ: Kita memandang serius mengenai isu ini dan pihak Jabatan Pendidikan negeri akan mengambil tindakan, sekiranya benar terdapat gejala tidak sihat ini. - Gambar fail
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
PRU15: Saya calon terbaik PH untuk Parlimen Tambun setakat ini - Aziz Bari
Sebagai bekas Exco kerajaan negeri dan Ketua Pembangkang ketika ini, beliau percaya mempunyai peluang lebih cerah untuk menang.
Abdul Aziz dilantik ketua pembangkang DUN Perak
Naib Pengerusi DAP Perak itu pernah memegang portfolio Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari 2018 hingga Februari lepas.
Kerajaan Negeri Perak pandang serius isu murid ketagih vape
Bagaimanapun setakat ini, tiada laporan mengenai ketagihan vape dalam kalangan murid sekolah rendah di Perak.
Dakwaan tapak sisa plastik di pedalaman hutan tidak benar
Kawasan itu merupakan tapak bahan buangan sisa plastik yang ditempatkan sementara sebelum diproses menjadi bahan bakar alternatif.
Siasat segera lambakan menggunung plastik sampah di pedalaman Perak
Dr. Abdul Aziz Bari berkata beliau amat terkejut dan hairan apabila membaca laporan berita Daily Mail yang membuat pendedahan itu.
Biar polis siasat rakaman audio - Aziz Bari
Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan mengenai perkara itu dan menganggap ia bukan sesuatu yang perlu diberi keutamaan.
'Kenyataan Aziz Bari umpama samseng jalanan, jerat diri sendiri'
Datuk Azian Osman tidak faham seorang yang terpelajar seperti Prof Dr Abdul Aziz Bari boleh mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang asas.