Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) tidak akan ditutup sebaliknya komited mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.
Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata antara masalah yang dihadapi ialah tarikan utama di teman tema tersebut iaitu Dream Zone yang telah siap tetapi masih tidak dibuka boleh digunakan.
"Ada juga masalah pengurusan yang tidak sepatutnya dibuat tetapi dibuat. Saya komited tidak akan tutup (MAPS), saya akan meneruskan apa sedia ada dan kita akan cuba jadikan MAPS satu taman tema yang hebat," katanya kepada pemberita pada jamuan Hari Raya Kerajaan Negeri Perak di MAPS di sini hari ini.
Menurut Ahmad Faizal, kerajaan negeri juga sedang dalam perbincangan dengan beberapa pihak termasuk pelabur yang berminat untuk melabur bagi pembangunan taman tema itu.
"Saya tidak boleh dedahkan apa-apa sebab ia masih di tahap perbincangan dengan pelbagai pihak (termasuk pelabur)," katanya.
MAPS yang dibuka pada 26 Jun 2017 mempunyai lebih 40 tarikan unik dengan enam tema animasi terkemuka dunia termasuk Boboiboy, The Smurfs dan beberapa watak animasi daripada Dreamworks.
Taman tema animasi yang dibina di kawasan seluas 21 hektar itu dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja dan dilanjutkan sehingga 10 malam pada cuti hujung minggu, cuti umum serta cuti sekolah.
Beliau turut menarik perhatian untuk melanjutkan masa penutupan yang sepatutnya pukul 6 petang kepada 8 malam sekiranya pengunjung bertambah bagi memudahkan mereka menikmati tarikan yang ada di sini.
Bercakap mengenai jamuan Hari Raya, Ahmad Faizal berkata beliau amat teruja dengan kehadiran orang ramai hari ini yang mana lebih 15,000 orang hadir sehingga pukul 4 petang tadi.
"Walaupun cuaca panas tapi penuh dengan kemeriahan, saya harap ini satu perkara yang dapat kita pupuk di negeri Perak agar rakyat sentiasa bersatu padu dan meraikan segala perayaan yang ada di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.
Jamuan Hari Raya yang bermula pukul 3 petang tadi menyediakan pelbagai juadah antaranya satay, lemang, rendang ayam dan kuey tiaw selain diserikan dengan persembahan artis tempatan termasuk Datuk M. Nasir, Datuk Jamal Abdillah dan Zamani Slam.
Pada jamuan itu juga orang ramai diberi peluang menikmati permainan yang terdapat di taman tema tersebut secara percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 15 2018
Ahmad Faizal (kanan) bersalaman dengan orang ramai dari pelbagai bangsa pada Jamuan Hari Raya Peringkat negeri Perak di MAPS, Meru Amanjaya hari ini. --fotoBERNAMA
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.
Kesetiaan saya kepada Muhyiddin masih utuh - Peja
Beliau menjelaskan tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana pihak lawan atau menyokong kepimpinan Kerajaan Persekutuan sedia ada.
Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan boleh dipikul anak tempatan - Peja
Beliau bercadang untuk memaklumkan kepada Pengerusi dan Majlis Tertinggi PN agar dibuat pertukaran jawatan tersebut.
Pengerusi PN Negeri Sembilan: 'Peja seolah-olah tidak lagi berminat' - Rafie
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan sekiranya tidak lagi berminat untuk menjalankan tugasnya.
'Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja
Cadangan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hanya untuk tujuan provokasi terutamanya untuk akar umbi parti.
PRN: PH perlu berlapang dada, serah kerusi MB kepada Jalaluddin - Peja
UMNO yang menang banyak kerusi di Negeri Sembilan seharusnya diberi jawatan Menteri Besar, cadang Peja.
Dakwaan gangguan seksual: Peja lantik peguam lindungi daripada laporan palsu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggunakan khidmat peguam bagi mendapatkan nasihat untuk melindunginya daripada laporan palsu.