awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risiko iklim kian meruncing, Majlis Pengurusan Bencana Negara perlu ditubuhkan - Lee Lam Thye
Venezuela mula bebaskan tahanan politik menurut Trump, gesa pelaburan minyak AS$100 bilion
Jerman gesa AS hormat kedaulatan wilayah Greenland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perhalusi teknologi enjin kereta nasional ketiga

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
26/02/2019
12:25 MYT
Kerajaan perhalusi teknologi enjin kereta nasional ketiga
Redzuan berkata projek kereta nasional ketiga itu juga akan menggunakan kepakaran negara ini dengan berteraskan jenis kereta extended range vehicel (ERV). - Gambar fail
Kerajaan sedang memperhalusi teknologi enjin yang akan digunakan untuk kereta nasional ketiga.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata banyak pihak berminat dengan cadangan kereta nasional ketiga ini.
Beliau berkata, kerajaan perlu memastikan teknologi terbaik dipilih untuk projek kereta nasional ketiga ini.
“Kita sedang memperhalusi hubungan antara rakan teknologi dari sudut penggunaan platform dan penggunaan enjin untuk kereta nasional,” katanya selepas sesi Bicara Minda Sinar Harian, di sini.
Ditanya mengenai jenis enjin yang akan digunakan, Redzuan berkata ia bergantung kepada keadaan.
Menurut beliau, projek kereta nasional ketiga itu juga akan menggunakan kepakaran negara ini dengan berteraskan jenis kereta 'extended range vehicle' (ERV).
Beliau juga menjelaskan kerajaan juga mempertimbangkan untuk menggunakan kepakaran tempatan dalam membangunkan kereta nasional ketiga.
Idea kereta nasional ketiga ini dicetuskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melakukan lawatan ke Jepun selepas mengambil alih pentadbiran negara pada tahun lalu.
Topic Berkaitan
#extended range vehicle
#kereta
#kereta nasional ketiga
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Mohd Redzuan Md Yusof
#nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan