awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perikatan Nasional cenderung salah guna kuasa, dakwa Tun M

Firdaus Azil
Firdaus Azil
21/07/2020
08:38 MYT
Kerajaan Perikatan Nasional cenderung salah guna kuasa, dakwa Tun M
Campur tangan antara satu kuasa dengan kuasa lain lahirkan perasaan kurang senang dan tekanan ke atas rakyat, kata Dr Mahathir. - Gambar fail
Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat menggunakan kuasa eksekutif untuk menghapuskan bangkangan terhadap pemerintahanya, dakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sewaktu membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, tindakan itu jelas menyalahi konsep pemisahan kuasa dalam demokrasi, iaitu pembuat undang-undang (legislatif), pelaksana kerja (eksekutif) dan institusi kehakiman (judiciary).
Menurut beliau, campur tangan antara satu kuasa dengan kuasa lain akan melahirkan perasaan kurang senang dan tekanan ke atas rakyat.
“Kita dapati anggota parti Bersatu Blackout disoal siasat tidak berhenti-henti. Rumah beberapa anggota parti pembangkang digeledah dan isi rumah disoal. Ada juga percubaan oleh anggota kerajaan untuk menghalang kehadiran ahli parti pembangkang daripada menghadiri perhimpunan tertentu.
“Ada juga ramai yang dimasuk dalam tahanan apabila dituduh dalam mahkamah tetapi ada orang tertentu dibebas bertahun-tahun kerana jaminan yang sedikit. Kerajaan sepatutnya bersikap adil terhadap semua pihak. Tidak ada tempat pilih kasih dalam melaksana undang-undang,” katanya lagi.
Dr Mahathir berkata, beliau sedar kerajaan mempunyai kuasa tertentu, tetapi ia tidak bermaksud kuasa itu bebas daripada aturan peraturan.
Tegasnya lagi, jika kuasa disalah guna, ia akan dilihat sebagai jenayah salah guna kuasa dan tidak menghormati undang-undang sedia ada.
“Rakyat bebas memilih siapa yang mereka ingin sokong. Mengguna agihan duit kerajaan untuk penyokong dan menafikan hak sesiapa kerana tidak sokong adalah salah. Lebih salah lagi jika jentera kerajaan diguna untuk menekan pembangkang.
“Cara ini boleh memberi gambaran bahawa rakyat sokong kerajaan. Sebenarnya mereka tidak. Inilah yang berlaku pada PRU-14. Setelah mencurah wang sogokan yang banyak, rakyat tolak juga pihak berkenaan. Amalan ini hendaklah dihentikan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#jenayah
#kerajaan
#Langkawi
#Mahathir Mohamad
#Muhyiddin Yassin
#pembangkang
#Perdana Menteri
#rakyat
#salah guna kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan