awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu bantu pelajar IPT pulang ke kampung - Syed Saddiq

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/04/2020
10:07 MYT
Kerajaan perlu bantu pelajar IPT pulang ke kampung - Syed Saddiq
Syed Saddiq gesa kerajaan bantu mahasiswa tempatan pulang ke pangkuan keluarga. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terkandas di kampus perlu dibantu untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, biarpun pelbagai bantuan sudah disalurkan kepada golongan ini, namun sudah tiba masanya kerajaan melakukan sesuatu susulan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu.
"Saya pasti bahawa kerajaan boleh melaksanakan perkara ini. Saringan kesihatan dan pemeriksaan boleh dilakukan terhadap pelajar sebelum mereka dibenarkan pulang.
"Misi pulang harus dilakukan secara berperingkat dengan pengangkutan khas, bukan kenderaan individu.
"Kerajaan juga perlu sediakan pengangkutan khas untuk pelajar pulang tanpa mengakibatkan penularan kes COVID-19.
"Kementerian Pengajian Tinggi perlu kemas kini dan maklumkan status terkini dengan segera kepada pelajar dan ibu bapa berkenaan kebajikan dan prosedur pulang ke rumah," katanya dalam satu siri ciapan di Twitter.
Sejak hari pertama PKP, para mahasiswa telah diletakkan di kampus masing-masing dan banyak bantuan telah disalurkan. Ini adalah perkembangan yang baik kepada kebajikan pelajar. Kini, negara kita sudah hampir memasuki Fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan. pic.twitter.com/2oauXdgaFf
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 10, 2020
Sebelum ini, kerajaan memaklumkan akan menanggung sepenuhnya bantuan makanan untuk 74,530 pelajar yang tidak pulang ke kampung dan kini menginap di kolej kediaman sepanjang tempoh PKP.
Topic Berkaitan
#Institusi Pengajian Tinggi
#IPT
#keluarga
#kesihatan
#pelajar
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan