Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu mengkaji semula kadar kemiskinan di Malaysia berikutan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa peratusan kemiskinan di negara ini adalah 15 peratus dan bukan 0.4 peratus seperti yang dilaporkan pada 2016.
Beliau berkata kajian mengenai kadar kemiskinan di Malaysia harus diukur atau dikaji menggunakan kaedah yang betul bagi memastikan hasil kajian yang tepat.
"Saya melihat dimana-mana kampung atau kawasan Felda di Malaysia mempunyai rakyat yang miskin iaitu mereka yang berpendapatan rendah. Oleh itu saya berpendapat kadar sebenar kemiskinan di negara ini mungkin lebih tinggi berbanding 0.4 peratus yang dinyatakan kerajaan.
"Saya juga berpendapat bahawa apa yang dikatakan Pelapor Khas Mengenai Kemiskinan Melampau dan Hak Asasi PBB, Prof Philip Alston mendakwa Malaysia mempunyai kadar kemiskinan yang "sangat ketara" dan kadar sebenar kemiskinannya ialah kira-kira 15 peratus adalah benar," katanya,
Beliau berkata demikian pada Dialog 'Digital Native Agenda (DNA23) The Challenges And Way Forward' di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini Selasa malam.
Pada masa yang sama, Anwar berkata cara kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) melaksanakan program membasmi kemiskinan di negara ini tidak telus dan banyak kebocoran.
"Sehingga RM28 bilion setahun disalurkan untuk bantu orang miskin namun ia bocor dan bukan nelayan atau petani pun dapat bantuan...kenapa dia dapat..? Sebab dia ketua cawangan parti berkenaan.
"Oleh itu kita tidak mahu ia berlaku lagi bantuan harus sampai kepada golongan sasar. Kita perlu kenal pasti pelaksanaan, jangan lagi ada rasuah dan masalah ketirisan," tambahnya.
Mengenai isu dakwaan Sabah dianak tirikan oleh kerajaan pusat, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata kerajaan daripada dahulu sehingga kerajaan kini yang diterajui Pakatan Harapan tidak pernah menganak tirikan Sabah dan Sarawak.
"Ia hanya sentimen yang tidak sepatutnya ditimbulkan. Kalau dahulu orang cakap kerajaan pusat "rompak" kekayaan di Sabah contohnya kayu balak, ia tidak terjadi sebab yang merompak itu adalah pemimpin Sabah sendiri dan ada juga pemimpin daripada pusat yang sama-sama merompak.
"Kalau mereka tidak merompak hasil kayu balak Sabah selama 20 tahun, sudah semestinya ia dapat membangunkan lagi negeri Sabah," tambahnya.
Sementara itu mengulas mengenai, inisiatif DNA23, beliau berkata kerajaan akan mengatasi masalah liputan rangkaian Internet di seluruh negara yang kini membatasi penggunaan teknologi digital seperti ditekankan dalam inisiatif berkenaan.
"Masih banyak jurang liputan Internet bukan saja di Sabah dan Sarawak malah turut berlaku di seluruh Malaysia. Namun kita bersyukur kerana kerajaan kini sedang mengatasi masalah berkenaan.
"Banyak manfaat yang dapat diperolehi dalam inisiatif DNA23 ini dan sebagai contoh dia dapat menaikkan pendapatan para petani dan nelayan melalui aplikasi yang dibangunkan. Melalui aplikasi ini semua nelayan dapat mengetahui harga semasa ikan yang ada di tempat lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 18 2019
Anwar berkata cara kerajaan terdahulu melaksanakan program membasmi kemiskinan di negara ini tidak telus dan banyak kebocoran. - Gambar fail
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 18 April 2024
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.05 mata kepada 1,535.05, bergerak antara paras 1,532.95 dan 1,541.88 sepanjang sesi dagangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Rogol anak tiri, dua individu dihadap ke mahkamah
Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan merogol dua anak tirinya tahun lalu.
Lelaki rogol anak tiri baru kematian ibu hingga lahirkan bayi dipenjara, sebat
Seorang warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan 15 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya.
Serangan seksual: Mahkamah kembalikan hukuman penjara 10 tahun terhadap peniaga
Mahkamah Rayuan mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya.
Pengawal keselamatan mengaku salah pukul, amang seksual anak tiri
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan sejak tahun 2020 hingga awal bulan ini.
Warga emas, anak tiri didakwa rogol remaja dalam kereta
Seorang warga emas dan anak tirinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan di dalam sebuah kereta di Kluang, enam tahun lalu.
Penganggur didakwa amang seksual anak tiri, cederakan isteri
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tiri perempuannya berusia 13 tahun, bulan lalu.
Ibu maut, leher putus ditetak anak tiri penagih dadah
Suspek dilaporkan telah menyerah diri di balai polis Bertam.
Warga Indonesia berdepan 3 pertuduhan amang seksual terhadap anak tiri 10 tahun
Seorang tukang rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya yang berusia 10 tahun pada 2017.
Ingin kembali kepada suami, wanita beri upah bunuh mentua dan anak tiri
Wanita mengaku bersalah atas tuduhan mengupah pembunuh upahan di Ecuador untuk membunuh ibu mentua dan anak tirinya berusia lima tahun.
Lelaki didakwa bunuh anak tiri berusia 4 tahun
Abu Hassan Darus didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 5 hingga 5 petang, 1 Februari lalu.