Kerajaan memainkan peranan penting dalam mendidik nilai murni dan etika menggunakan platform media sosial supaya bebas daripada unsur negatif.
Hal ini sangat penting bagi memupuk kesedaran orang ramai supaya menggunakan media sosial dengan sebaik mungkin serta menyekat penyebaran kandungan yang berunsur prejudis terhadap kaum, agama, jantina, seksual atau keganasan.
Pensyarah di Fakulti Media dan Komunikasi Taylor’s University, Prof Dr Ali Salman berkata, media sosial kini mempengaruhi sebahagian hidup rakyat, oleh itu penggunaan laman tersebut secara beretika adalah penting.
“Media sosial adalah sebahagian daripada hidup kita. Kita tidak boleh hidup tanpa media sosial. Oleh itu, kita perlu ambil serius tentang isu pendidikan seperti ini.
“Kita perlu mewar-warkan etika penggunaan media sosial ini di seluruh negara. Malah, kita boleh mendidik rakyat menerusi televisyen, radio dan surat khabar secara berterusan,” katanya.
Jelasnya lagi, walaupun kerajaan pernah melakukan penyebaran maklumat berhubung etika penggunaan media sosial, ia masih tidak mencukupi.
Menerusi kaji selidik yang dilakukan syarikat kajian pasaran dalam talian Vase.ai dengan kerjasama Astro AWANI terhadap 1,080 responden, sebanyak 86 peratus menyifatkan kerajaan memainkan peranan penting dalam mendidik orang awam mengenai etika penggunaan laman sosial.
Malah, 61 peratus daripada responden berkenaan juga menyatakan bahawa pihak kerajaan kurang mendidik orang awam mengenai etika penggunaan laman sosial.
Mengulas lanjut, Ali berkata undang-undang penting dalam mengawasi serta memberi hukuman kepada pesalah namun pendidikan juga penting bagi memberi peringatan kepada orang awam.
“Memang dalam masyarakat di mana-mana negara sekali pun, sudah ada undang-undang perlu untuk mengawasi, serta hukuman bagi mereka yang bersalah. Tetapi hukuman sahaja tidak cukup."
Pada masa sama, tegasnya, orang awam perlu sentiasa berwaspada dalam berkongsi sesuatu atau membuat sebarang kenyataan di media sosial agar ia tidak memudaratkan diri sendiri.
“Semua orang perlu tahu bahawa jika mereka berkongsi sesuatu atau membuat kenyataan yang sensitif, ia akan menghantui mereka semula.
“Ya, memang kita boleh padam muat naik itu, tetapi akan ada orang yang memuat turun atau cekupan skrin, jadi kita perlu berhati-hati,” ujarnya.
Menurut dapatan hasil kajian, sebanyak 23 peratus responden mengaku pernah berkongsi dan menyebarkan kandungan berunsur prejudis terhadap kaum, agama, jantina, seksual atau keganasan.
Selain itu, Ali juga berpendapat, bukan kerajaan sahaja yang bertanggungjawab dalam mendidik etika penggunaan laman sosial.
Sebaliknya, ibu bapa, guru dan ketua-ketua agama juga berperanan memupuk nilai murni dalam menggunakan laman sosial dengan sebaik mungkin.
Afiq Ariffin
Wed Apr 03 2019
Prof Dr Ali Salman menasihatkan masyarakat supaya berwaspada dalam berkongsi sesuatu atau membuat sebarang kenyataan di media sosial agar ia tidak memudaratkan diri sendiri. - Gambar hiasan
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Kerajaan perlu main peranan terap etika penggunaan media sosial - Pensyarah
Hal ini sangat penting bagi memupuk kesedaran orang ramai supaya menggunakan media sosial dengan sebaik mungkin serta menyekat penyebaran kandungan yang berunsur prejudis.