awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu terlibat dengan UNHCR tentukan status pelarian

Firdaus Azil
Firdaus Azil
24/10/2019
02:56 MYT
Kerajaan perlu terlibat dengan UNHCR tentukan status pelarian
Muhyiddin berkata, undang-undang negara ini tidak membenarkan anak pelarian menjadi warganegara walaupun mereka lahir di Malaysia, kecuali dengan peruntukan tertentu. - Gambar fail
Kerajaan kini perlu melibatkan diri dalam urusan menentukan status pelarian pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNCHR), kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, penglibatan kerajaan perlu kerana ia turut melibatkan soal keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.
“Kerajaan masa kini dalam proses rundingan bersama UNHCR untuk pastikan agensi kerajaan turut terlibat dalam tentukan status pelarian.
“Perkara ini bagi mengesahkan status pelarian yang diberi pada seseorang pemegang kad, di samping untuk memastikan keselamatan negara diberi keutamaan.
"Saya tekankan strategi ini secara kolaboratif bersama UNHCR dalam pertemuan saya dengan Pesuruhjaya Tinggi UNHCR Filippo Grandi di Geneva,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PH-Hulu Terengganu) yang ingin mengetahui jumlah pelarian di Malaysia mengikut negara asal, serta langkah-langkah kerajaan dalam memastikan mereka benar-benar berstatus pelarian.
Mengenai jumlah pelarian mengikut negara, Muhyiddin berkata, rekod setakat September 2019 menunjukkan terdapat 177,943 pemegang kad UNHCR, dengan jumlah tertinggi datang dari Myanmar iaitu seramai 153,591 orang, diikuti Pakistan (6,495 orang) dan Yaman (3,568 orang).
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, undang-undang negara ini tidak membenarkan anak-anak pelarian menjadi warganegara Malaysia walaupun mereka lahir di negara ini, kecuali dengan peruntukan tertentu.
"Memang kita sedari perkara itu berlaku kerana isu pelarian ini bukan baru. Dalam tempoh mereka berada di Malaysia, ada yang berkahwin, kahwin baru, lahirkan anak dan sebagainya.
“Tetapi, status mereka tetap sebagai anak pelarian. Cuma, yang penting, untuk direkodkan, kita nak semua dalam rekod. Kita kerjasama dengan UNHCR supaya kad baru boleh dikeluarkan. Dan ia tak bermakna boleh dapat status warganegara. Itu ada peruntukan lain,” jelasnya lagi.
Jelasnya, rekod tersebut diperlukan bagi menangani isu berbangkit seperti soal persekolahan dan kesihatan.
Topic Berkaitan
#anak pelarian
#Dewan Rakyat
#Filippo Grandi
#kad UNCHR
#kahwin
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#Muhyiddin Yassin
#Myanmar
#Pakistan
#pelarian
#rakyat
#sekolah
#undang-undang
#warganegara
#Yaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan