Tindakan undang-undang yang difailkan oleh pejabat Peguam Negara bagi pihak masyarakat Orang Asli Temiar terhadap kerajaan negeri Kelantan pada Jumaat menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited melindungi hak masyarakat Orang Asli di negara ini secara sah di sisi undang-undang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy berkata, Kerajaan Persekutuan sangat prihatin terhadap penafian hak Orang Asli untuk menentukan masa depan sendiri, selaras dengan peruntukan undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri yang melindungi hak mereka tetapi telah dilanggar oleh kerajaan negeri Kelantan.
"Masyarakat Orang Asli Temiar di Gua Musang berhak mendapat semua perlindungan yang sepatutnya daripada kerajaan persekutuan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat.
"Meskipun terdapat banyak undang-undang di peringkat persekutuan, Kenyataan Dasar Mengenai Pentadbiran Orang Asli Semenanjung Malaysia 1961 selain kewajipan terhadap mereka dalam perjanjian antarabangsa tetapi prinsip penentuan nasib sendiri yang menjadi aspirasi masyarakat Orang Asli telah diabaikan secara berterusan (oleh kerajaan negeri Kelantan)," kata Waytha Moorthy.
Beliau juga berkata, banyak kes pencerobohan tanah masyarakat Pribumi berlaku tanpa persetujuan awal mereka yang melanggar cara hidup dan menafikan hak mereka untuk mempunyai identiti dan martabat sendiri sebagai rakyat.
Awal Jumaat, Jabatan Peguam Negara telah memfailkan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu bagi pihak Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan pengiktirafan hak tanah adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor berdekatan Gua Musang.
Kenyataan itu yang memetik Peguam Negara Tommy Thomas juga berkata, Jabatan Peguam Negara turut memfailkan injunksi bagi menghalang pencerobohan dan pemusnahan tanah adat demi keuntungan komersial pihak swasta.
Thomas berkata kerajaan negeri Kelantan dan agensinya baru-baru ini telah mengeluarkan lesen pembalakan kepada syarikat swasta yang kemudian menggunakan jentera berat untuk menebang dan membawa keluar kayu balak dari kawasan hutan luas yang ditebang untuk penanaman pokok durian dan getah tanpa berunding dengan Orang Asli Temiar sebelum meluluskan lesen pembalakan atau menawarkan apa-apa pampasan kepada mereka, menyebabkan hakisan, pencemaran dan kemusnahan sistem ekologi dan landskap Pos Simpor. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 18 2019
WAYTHA MOORTHY: Masyarakat Orang Asli Temiar di Gua Musang berhak mendapat semua perlindungan yang sepatutnya daripada kerajaan persekutuan. - Gambar fail
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
2 lelaki Myanmar ditahan terlibat sindiket pemalsuan slip kad UNHCR
JIM Kelantan menahan dua lelaki warga Myanmar disyaki terlibat sindiket mengeluarkan slip permohonan kad UNHCR.
Kelantan catat pertambahan ahli baharu PKR kedua tertinggi
Di sebalik 'gelombang hijau' di Pantai Timur, Kelantan muncul sebagai negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah pertambahan ahli baharu PKR tertinggi berdasarkan statistik pada 21 Mac lalu.
Kelantan beri kerjasama penuh jayakan sambutan Aidilfitri MADANI
Mohd Nassuruddin berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.
Suspek kes tembak di KLIA pernah belajar di pondok
Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.
Tiga laluan utama di Gua Musang dijangka sesak Jumaat ini - Polis
Tiga laluan itu adalah Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Jeli-Gua Musang.
PGA tumpas 431 kes rentas sempadan, rampasan bernilai RM18.5 juta
PGA Kelantan telah menahan 373 individu dan merampas pelbagai barang dianggarkan bernilai RM18.5 juta di sempadan.
Kelantan ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, salur Wang Ihsan lebih RM50 juta
Kerajaan Kelantan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana menyalurkan Wang Ihsan RM58.6 juta, pada minggu lepas.