awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sasar 28.1 juta pelancong berkunjung ke Malaysia 2019

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
21/12/2018
10:08 MYT
Kerajaan sasar 28.1 juta pelancong berkunjung ke Malaysia 2019
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya , Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, fokus utama bagi tahun 2019 adalah membangunkan sektor pelancongan eko dan budaya - Foto Bernama
Kerajaan mensasarkan seramai 28.1 juta pelancong antarabangsa akan berkunjung dan bercuti ke negara ini pada 2019.
Dengan jumlah tersebut, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menjangkakan negara bakal menjana pendapatan negara sebanyak RM92.2 bilion.
Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, membangunkan sektor pelancongan eko dan budaya merupakan fokus utama bagi tahun 2019.
“Saya berbesar hati ingin memaklumkan bahawa fokus utama bagi tahun 2019 adalah untuk membangunkan sektor pelancongan eko dan budaya. Saya berharap agar sokongan dan kerjasama diberikan selama ini diteruskan bagi memajukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan bertaraf dunia menjelang 2020,” katanya.
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan kempen Visit Malaysia 2020, kementerian juga kata beliau, telah merancang beberapa strategi utama.
Menurut beliau, antara strategi utama yang dirancang ialah menyediakan geran sepadan sebanyak RM100 juta kepada syarikat swasta serta dana tabung pelancongan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sebanyak RM500 juta dalam membantu dan meluaskan perniagaan pengusaha kraftangan dan inap desa.
Strategi lain, jelasnya, kementerian juga akan mencalonkan lebih banyak tapak warisan yang berpotensi untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Topic Berkaitan
#2019
#pelancongan
#PKS
#sektor pelancongan eko dan budaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan