awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UTM Aerolab kukuh sebagai pusat bertaraf dunia
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan setuju tambah peruntukan MED dalam Belanjawan 2020

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
03/12/2019
12:33 MYT
Kerajaan setuju tambah peruntukan MED dalam Belanjawan 2020
Mohd Redzuan memaklumkan peruntukan tambahan itu antara 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan belanjawan kementerian. - Astro AWANI/Shahir Omar
Kerajaan bersetuju untuk memberi peruntukan tambahan dalam Belanjawan 2020 kepada Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), bagi menggalakkan lebih banyak program pembangunan usahawan.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof memaklumkan, peruntukan tambahan itu antara 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan belanjawan pembangunan kementerian bagi tahun depan yang berjumlah RM325.5 juta.
"Saya ada berbincang dengan Perdana Menteri supaya sedikit pindaan untuk melaksanakan program yang telah dirancang dan beliau bersetuju untuk menambah sedikit peruntukan tersebut, tetapi tidak perlulah saya beritahu jumlahnya.
“Peruntukan ini amat bermakna untuk kita salurkan kepada agensi-agensi mengikut merit mereka tersendiri,” kata Mohd Redzuan.
Peruntukan tambahan itu akan disalurkan kepada program-program yang dilihat berpotensi memberi manfaat kepada pembangunan usahawan.
"Sebagai contoh, program Tekun Delivery. Jika ia tidak mempunya dana yang cukup untuk memenuhi permintaan usahawan yang mahu turut sama melibatkan diri, kita akan menambah dana daripada peruntukan tambahan terbabit," tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Ulang Tahun TEKUN Nasional Ke-20, pada Selasa.
Setakat ini, TEKUN telah membantu 438,178 orang usahawan di seluruh negara dengan jumlah pembiayaan RM5.67 bilion.
Daripada jumlah itu, seramai 200,000 usahawan dari pelbagai sektor perniagaan masih aktif membuat bayaran balik.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof
#Kementerian Pembangunan Usahawan
#kerajaan
#MED
#peruntukan
#TEKUN
#TEKUN Nasional
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan