Kerajaan sedang meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani masalah jerebu yang semakin teruk melanda negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata kerajaan juga tidak teragak-agak untuk mengisytiharkan keadaan darurat sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi tahap 500, iaitu keadaan yang sangat bahaya.
Selain itu menurutnya pelbagai usaha dilakukan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat supaya tidak melakukan pembakaran terbuka untuk mengelakkan keadaan menjadi bertambah buruk.
"Berdasarkan maklumat Laporan Terkini Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia sehingga 14 Sept 2019, seluas 328,724 hektar kawasan telah terjejas dengan kebakaran hutan di seluruh Indonesia," katanya selepas merasmikan Program Sayangi Komoditiku Zon Sarawak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mukah di sini hari ini.
Menurut Dr Wan Azizah, kerajaan Indonesia telah meningkatkan pemantauan terhadap titik panas, jarak ketampakan, kualiti udara dan kewujudan asap di samping melakukan Operasi Pembenihan Awan (OPA), pengeboman udara dan juga pemadaman api di darat.
Enam wilayahnya yang terjejas ialah Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan.
Daerah Sri Aman di Sarawak merekodkan IPU yang semakin meningkat dengan bacaan di tahap berbahaya menghampiri 400 setakat pukul 6 petang tadi, dan berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) bacaan terkini kawasan itu adalah 389, melepasi 300 sejak pukul 2.00 petang.
Kuching masih berada pada tahap IPU sangat tidak sihat dengan bacaan 213 diikuti Johan Setia Klang, Selangor iaitu 231. Nilai, Negeri Sembilan merekodkan bacaan 206 manakala Seri Manjung di Perak menjadi lokasi terbaru sejak tengah hari tadi mencatatkan kualiti udara sangat tidak sihat iaitu 232 berbanding 183 pada pukul 9 pagi tadi.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia sudah menawarkan khidmat bagi membantu Indonesia memadamkan kebakaran hutan di negara itu.
Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Dr Wan Azizah menggesa para belia melakukan anjakan paradigma dengan memberanikan diri memasuki bidang-bidang yang dahulunya dianggap sebagai bidang 3D - (kotor, sukar dan berbahaya) seperti sektor perladangan.
"Ini bermaksud para belia perlu mengambil peluang yang diberikan oleh kerajaan dengan menceburi bidang yang mampu meningkatkan taraf hidup mereka selaras dengan wawasan negara untuk menjadi negara maju," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah berkata Kementerian Industri Utama telah menetapkan sasaran pada tahun 2020, untuk nilai pendapatan eksport produk komoditi pada RM146 bilion dan sumbangan minimum kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekurang-kurangnya lapan peratus.
"Dari Januari hingga Disember 2018, pendapatan eksport adalah RM127.78 billion. Pendapatan eksport perlu ditingkatkan 12.5 peratus untuk mencapai sasaran tahun 2020 itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 17 2019
Daerah Sri Aman di Sarawak merekodkan IPU yang semakin meningkat dengan bacaan di tahap berbahaya menghampiri 400 setakat pukul 6 petang tadi. - Foto Astro AWANI
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Kerajaan siap siaga hadapi jerebu yang semakin teruk - TPM
Kerajaan sedang meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani masalah jerebu yang semakin teruk melanda negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.