awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan siasat kes kahwin bawah umur di Gua Musang - TPM

Bernama
Bernama
30/06/2018
11:49 MYT
Kerajaan siasat kes kahwin bawah umur di Gua Musang - TPM
Kes perkahwinan lelaki berumur 41 tahun dengan budak perempuan 11 tahun itu tular di laman sosial semalam selepas perkara itu dikongsi isteri kedua lelaki terbabit. -Gambar fail
Kerajaan akan menyiasat secara menyeluruh berhubung isu budak perempuan berusia 11 tahun dari Gua Musang, Kelantan yang didakwa berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun di Thailand, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata telah menerima laporan berhubung kes itu dan mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan bertemu ibu budak perempuan itu.
"Buat masa ini, siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan kerana ia melibatkan Enakmen Undang-Undang Syariah negeri.
"Selain itu, kita kena ambil kira semua aspek mengapa ia berlaku. Adakah ia disebabkan oleh masalah kemiskinan, pendidikan, kekeluargaan mahupun masalah lain yang berada di sekeliling budak terbabit," katanya kepada pemberita selepas melawat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit di sini, hari ini.
Kes perkahwinan lelaki berumur 41 tahun dengan budak perempuan 11 tahun itu tular di laman sosial semalam selepas perkara itu dikongsi isteri kedua lelaki terbabit.
BACA: Isteri terkilan suami kahwini kanak-kanak 11 tahun
BACA: Nikah budak 11 tahun: 'Saya ikat sahaja, belum tinggal bersama'
BACA: Isu imam nikah budak 11 tahun: 'Siapa nak lindungi hak dia?' - Aktivis sosial
BACA: Nikah budak 11 tahun: Pasangan diminta hadir di mahkamah
Lelaki terbabit didakwa bernikah dengan budak perempuan itu di Thailand pada 4 Syawal lepas (18 Jun) dan hanya diketahui isterinya itu, yang berumur 34 tahun, selepas dimaklumkan rakannya yang berkongsi foto perkahwinan suaminya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#kahwin budak 11 tahun
#perkahwinan
#syariah
#Thailand
#TPM
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan