awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tanpa DAP, Amanah: Hishammuddin nafi? 'Itu berita baik' - Anwar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
16/10/2019
07:11 MYT
Kerajaan tanpa DAP, Amanah: Hishammuddin nafi? 'Itu berita baik' - Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menerima maklumat berhubung gerakan itu menerusi Hishammuddin sendiri. - Gambar fail
Tindakan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan bahawa beliau mewujudkan gerakan untuk menubuhkan Kerajaan tanpa DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) satu berita yang baik.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menerima maklumat berhubung gerakan itu menerusi Hishammuddin sendiri.
Wartawan: Mana dapat maklumat Hishamuddin akan cuba menyekat (Anwar daripada menjadi Perdana Menteri)?
Anwar: Saya tidak kata. Saya cuma kata Sembrong (Hishammuddin). Biar dia balas.
Wartawan: Pakatan Harapan menyatakan Hishamuddin nak buat kerajaan tanpa DAP dan Amanah. Mana dapat info ini?
Anwar: Daripada Hishammuddin. Dia patut tahu. Dia perlu nafi atau sahkan.
Wartawan: Beliau nafikan.
Anwar: Dia nafi? Itu berita baik. Bagus.
Wartawan: Tapi bagaimana Datuk Seri dapat maklumat ini?
Anwar: Saya cuma tanya.
Wartawan: Tanya siapa?
Anwar: Tanya Sembrong.
BACA: Kerajaan tanpa DAP, Amanah? Cubalah, kata Tun Mahathir
Sementara itu, Setiausaha DAP, Anthony Loke memberi amaran kepada Hishammuddin dan pemimpin pembangkang supaya tidak mengkucar kacirkan Kerajaan Pakatan Harapan.
Tegasnya, pemimpin parti pembangkang perlu hormat kekalahan dan mandat yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
“Kerajaan telah pun dipilih oleh rakyat melalui Pilihan Raya Umum Ke-14 9 Mei 2018 ini kekal utuh dan kita telah diberikan mandat mentadbir negara kita sehingga akhir tempoh ini.
“Jadi mandat itu mesti dihormati oleh semua pihak termasuklah pembangkang yang telah kalah dalam pilihan raya itu.
“Jadi jangan nak kucar kacir kerajaan. (buang soalan wartawan) Ini orang yang telah kalah dalam pilihan raya, jadi hormati keputusan dan mandat rakyat kepada Pakatan Harapan.
“Jangan lupa mereka kalah dalam PRU dan ditolak oleh rakyat pada PRU14. jangan cuba nak menggunakan jalan belakang untuk kembali menjadi anggota Kabinet,” katanya.
Bagaimanapun, bekas Menteri Pertahanan itu menafikan sebarang dakwaan yang dibuat ke atasnya berhubung isu tersebut selain menganggap ia tidak berasas.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#DAP
#GERAKAN
#Hishammuddin Hussein
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah Negara
#Perdana Menteri
#pilihan raya umum
#PKR
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan