Kementerian Kerja Raya mengesahkan setakat ini menerima empat tawaran rasmi daripada pihak yang berminat untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd (PLUS).
Menterinya, Baru Bian berkata, pihak yang mengemukakan tawaran tersebut ialah Widad Group Bhd, Maju Holdings Sdn Bhd, RRJ Capital dan ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad.
Katanya, kesemua tawaran tersebut akan diteliti dan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam beberapa minggu lagi untuk diputuskan.
"Pada tahap ini kita sedang mengkaji semua (tawaran) itu dan bagi KKR (Kementerian Kerja Raya) yang bertanggungjawab atas lebuh raya bertol di seluruh Malaysia, kita menyediakan semua tawaran ini dan akan kemukakan kepada kabinet dan akan menasihati kabinet apa yang baik dari segi kita. Ia akan diselesaikan dalam masa dua minggu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Pembinaan-Edisi Terengganu dan Pertandingan Worldskills Malaysia 2019 di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur, di sini hari ini.
Baru berkata walaupun kementerian mempunyai tempoh masa sendiri untuk menyelesaikan perkara tersebut namun akan cuba melakukannya secepat mungkin kerana memahami ia merupakan kebimbangan rakyat.
"Kita akan lakukan dalam waktu yang diperuntukkan dan kita memang mahu ia dilaksanakan secepat mungkin. Saya faham ini satu isu yang dibimbangkan bagi rakyat Malaysia dan sudah pasti kita tak akan melengahkannya terlalu lama," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 19 2019
Kerajaan sahkan terima empat tawaran rasmi daripada pihak yang berminat untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd (PLUS). - Gambar hiasan
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kes saman saham Renong: Dr Mahathir, kerajaan mohon batal saman ahli perniagaan
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon untuk membatalkan saman ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad yang menuntut pampasan selepas pengambilalihan saham Renong Bhd dan United Engineers Ma
Saman Halim Saad: Tun M, dua pihak lagi diarah fail pembelaan
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memberi masa sehingga bulan depan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain, memfailkan pembelaan berhubung kes saman ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad.
"Tiada apa saya perlu sembunyikan, sedia jawab di mahkamah" - Tun M hairan dakwaan Halim Saad
Dr Mahathir hairan dakwaan Halim dan tertanya-tanya kenapa menjelang pilihan raya beliau kemukakan saman.
Ahli perniagaan saman Dr Mahathir, kerajaan isu saham Renong
Saman difailkan pada 2 Ogos itu menamakan Dr Mahathir, bekas Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan kerajaan sebagai defendan.
Halim Saad nafi disiasat SPRM
Tokoh perniagaan, Tan Sri Halim Saad menyangkal laporan media mendakwa beliau disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyeleweng sejumlah RM2.3 bilion.
Kerajaan terima empat tawaran ambil alih PLUS
Kementerian Kerja Raya mengesahkan setakat ini menerima empat tawaran rasmi daripada pihak yang berminat untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd (PLUS)