Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin menafikan kerajaan pernah mengeluarkan notis pemberitahuan mengenai kenaikan harga minyak masak kepada peniaga sebelum kenaikan harga baharu dilaksanakan.
Hamzah hari ini membuat penjelasan bagi memperbetulkan persepsi masyarakat yang mengatakan antara punca peniaga menyorok stok minyak masak, adalah disebabkan notis awal kenaikan harga yang dikeluarkan kerajaan.
"Saya nak perbetulkan tentang isu minyak masak, kerajaan bagi notis seolah-olah kerajaan akan naikkan harga, itu tidak betul. Kerajaan tidak pernah keluarkan notis pemberitahuan tersebut," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini.
Beliau menjawab soalan tambahan Khairiah Mohamed yang ingin tahu mengenai aduan pembeli terhadap peniaga yang menyorok barang minyak masak sebelum kenaikan harga diumumkan kerajaan.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata rakyat digalakkan mendaftar sebagai sukarelawan 'Friends of KPDNKK' (FOK) bagi mendapat manfaat dari segi kepenggunaan.
Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Tan Sri S. Nallakaruppan mengenai kejayaan program FOK dalam menangani kenaikan harga barang, katanya setakat ini, kementerian telah menerima seramai 400,000 penyertaan bagi program itu.
Menerusi penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS), harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 Nov lepas. -- Bernama
Bernama
Mon Dec 05 2016
Hamzah menafikan dakwaan yang mengatakan antara punca peniaga menyorok stok minyak masak, adalah disebabkan notis awal kenaikan harga yang dikeluarkan kerajaan. - Gambar fail
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
White House enggan komen serangan Israel ke atas Iran
Jurucakapnya White House berkata Amerika Syarikat tidak mahu komen tentang perkara itu kerana dari awal lagi mereka tidak ingin terlibat secara langsung atas perang antara Iran dan Israel, atas kerisauan peningkatan suhu konflik di Asia Barat.
Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
[Kronologi] perang Iran - Israel
[Kronologi] perang Iran - Israel
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen
Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.
Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.
Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah
Hamzah turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.
Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah
Hamzah kecam tindakan ganas baling molotov cocktail, kesal dengan tuduhan Ngeh Koo Ham terhadap Bersatu dan Pas.
PN tidak letak calon di PRK Jepak, fokus PRK Kemaman - Hamzah
Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional telah memutuskan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.
Anwar cabar Hamzah buktikan dakwaan MP Kuala Kangsar diugut sokong Kerajaan
Anwar Ibrahim berkata, Hamzah Zainuddin perlu membawa bukti berkaitan ke pihak berkuasa, supaya tuduhan itu disiasat sepenuhnya.
Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, terdapat unsur khianat pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menyunting video wawancaranya bersama media antarabangsa itu baru-baru ini.
'Sampai saja Pelangai, saya terus minta Panadol' - Hamzah
Katanya, pengalaman pertama kali jejak kaki di Pelangai dengan keadaan jalan yang pusing-pusing menyebabkannya berasa 'tidak tahan'.
Pertumbuhan ekonomi: 'Tak apalah kalau dia nak menang...' - Anwar perbetul kenyataan Hamzah
Anwar berkata, kenyataan tersebut menunjukkan seolah-olah kedangkalan pengetahuas asas terhadap ekonomi
PRN: Kemenangan besar PN bukti rakyat yakin, mahu perubahan - Hamzah
Kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di Terengganu, Kedah dan Kelantan pada pilihan raya di enam negeri membuktikan rakyat kukuh dan yakin kepada gabungan parti tersebut.