awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
6 maut, 84 cedera dalam letupan kilang besi di Inner Mongolia
Chow pemimpin berhemah, laksana projek pencetus perubahan di Pulau Pinang - Sim
Pasangan kekasih dikenal pasti mangsa rentung di Plaza Tol Jitra
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak perlu beri sebab sekat Maria Chin ke luar negara - Nur Jazlan

Bernama
Bernama
16/05/2016
13:21 MYT
Kerajaan tidak perlu beri sebab sekat Maria Chin ke luar negara - Nur Jazlan
NUR JAZLAN: Maria boleh merayu kepada Jabatan Imigresen untuk mengetahui sebab dia telah dihalang daripada meninggalkan negara ini. -Gambar fail/Bernama
Arahan untuk menghalang Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah daripada meninggalkan negara ini adalah di bawah kuasa Akta Imigresen, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Beliau berkata di bawah akta tersebut, Kementerian Dalam Negeri tidak perlu memberi sebarang sebab menyekat sesiapa sahaja daripada meninggalkan negara ini.
"Arahan adalah bahawa dia tidak boleh meninggalkan negara ini. Kami tidak perlu memberikan sebab. Saya hanya berkata daripada tafsiran undang-undang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Walau bagaimanapun, Maria boleh merayu kepada Jabatan Imigresen untuk mengetahui sebab dia telah dihalang daripada meninggalkan negara ini, kata Nur Jazlan.
Malam tadi, Maria tidak dibenarkan melepasi kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mahu berlepas ke Korea Selatan.
Topic Berkaitan
#Akta Imigresen
#jabatan imigresen
#Maria Chin Abdullah
#Nur Jazlan Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan