awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Turki, Presiden Erdogan masih berkuasa - kedutaan

Bernama
Bernama
16/07/2016
06:01 MYT
Kerajaan Turki, Presiden Erdogan masih berkuasa - kedutaan
Rakyat Turki melambaikan bendera kebangsaan negara itu di atas kereta di Istanbul, Turki, pada Sabtu, 16 Julai 16, 2016. (Foto AP)
Kedutaan Turki di Malaysia hari ini mengulangi bahawa kerajaan Presiden Recep Tayyip Erdogan masih berkuasa, dan menafikan cubaan rampasan kuasa di negara itu berjaya dilaksanakan.
Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, kedutaan itu turut menafikan pembabitan keseluruhan Angkatan Tentera Turki dalam cubaan rampasan kuasa itu, bermatlamat menggulingkan kerajaan Turki yang dipilih secara demokrasi.
"Presiden dan Kerajaan kami masih berkuasa. Angkatan Tentera Turki tidak terbabit dalam cubaan rampasan kuasa ini secara keseluruhannya.
"Ia dikendalikan oleh kuncu-kuncu dalam kalangan Angkatan Tentera dan mendapat respons yang selayaknya daripada negara kami," menurut kedutaan itu.
Menurut laporan, kenyataan tentera yang disiarkan media Turki pada Jumaat menyebut angkatan tentera merampas kuasa sepenuhnya di negara berkenaan.
Bagaimanapun Presiden Erdogan berkata pada awal Sabtu, cubaan rampasan kuasa itu telahpun gagal, dan menggesa rakyat supaya menjunjung demokrasi.
Erdogan menyalahkan cubaan rampasan kuasa yang sedang berjalan itu ke atas pergerakan yang diketuai cendekiawan Islam Turki Fethullah Gulen yang kini tinggal di Pennsylvania, Amerika Syarikat, menurut laporan itu.
Topic Berkaitan
#Kedutaan Turki di Malaysia
#Presiden Recep Tayyip Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan