Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kerajaan umum tidak teruskan Program Subsidi Petrol

Kerajaan umum tidak teruskan Program Subsidi Petrol
Keputusan itu juga bagi mengelakkan jurang harga petrol yang tinggi dikenakan terhadap penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Program Subsidi Petrol (PSP) tidak akan dilaksanakan kerajaan buat masa ini bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, keputusan itu juga bagi mengelakkan jurang harga petrol yang tinggi dikenakan terhadap penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Untuk makluman pada 9 Julai 2020 KPDNHEP dan Kementerian Kewangan mengadakan satu mesyuarat untuk hala tuju PSP dan memutuskan dua perkara pertama KPDNHEP telah bersetuju tidak melaksanakan PSP dan Kementerian Kewangan akan menyediakan memorandum Jemaah Menteri untuk memuktamadkan PSP tersebut.

“Sebab tidak dilaksanakan untuk elak salah faham di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, hanya penduduk Semenanjung sahaja terlibat subsidi ini dan mengelakkan jurang harga petrol yang tinggi antara Semenanjung, Sabah Sarawak dan Labuan dan bagi kelompok M40 mereka hanya akan menikmati potongan harga semasa mengisi petrol di stesen minyak kerana diberikan kad minyak subsidi.
“Ini menimbulkan keraguan di kalangan rakyat berkenaan ketelusan dan pemberian subsidi ini,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan, Shaharizuirnain Abd. Kadir (PN-Setiu) yang mahu tahu tarikh baharu pelaksanaan PSP setelah ia ditangguhkan oleh Kabinet.


PSP yang dijadualkan bermula Januari 2020 sebelum ini ditangguhkan sehingga satu masa yang akan diumumkan kerajaan kemudian.

Katanya lagi, harga petrol RON95 juga masih di bawah paras ditetapkan PSP iaitu sebanyak RM2.08 seliter.


Tag: Petrol, RON95, kerajaan, kabinet, minyak, rakyat, subsidi, menteri, Kementerian Kewangan, Program Subsidi Petrol



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.