Kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) telah berjaya membuka banyak peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada jutaan rakyat di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
"Sektor perkhidmatan kini menyumbang sebanyak 54.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dengan jumlah nilai sebanyak RM1.5 trilion pada 2017.
"Sektor ini menyediakan 3.6 juta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada pekerjaan berpendapatan tinggi dalam industri-industri antaranya eDagang, sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan penjagaan kesihatan," katanya.
Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Usukan di sini hari ini.
Menurut Salleh keupayaan kerajaan membuka jutaan peluang pekerjaan adalah hasil daripada dasar dan perancangan teliti yang mengambil kira perkembangan dunia semasa serta wujudnya suasana aman damai di negara ini.
Menurut Salleh dengan adanya suasana aman yang memerlukan kebijaksanaan dan kesungguhan untuk mengekalkannya, banyak lagi perkara boleh dirancang dan dilakukan kerajaan bagi kebaikan seluruh lapisan rakyat.
"Sebab itu, kerajaan mengambil kira perubahan peluang-peluang pekerjaan semasa. Kalau kita tidak ambil kira, nanti pendekatan kita silap. Kalau dulu, kita mahu anak-anak kita bekerja sebagai pegawai daerah, pegawai eksektif, kerani dan sebagainya, tetapi masa hadapan peluang pekerjaan bukan di situ.
"Peluang pekerjaan akan kita peroleh dalam sektor perkhidmatan seperti pelancongan. Sebab itu, kita di Sabah ini, termasuk Kota Belud, memberi tumpuan kepada sektor pelancongan," katanya.
Justeru, kata Salleh, selari dengan peluang-peluang pekerjaan baharu yang disediakan kerajaan, generasi hari ini juga perlu dipersiapkan dengan keperluan itu.
Katanya rakyat perlu bersama-sama dengan kerajaan untuk memandang masa depan dengan terus menyokong pemerintahan sekarang agar kesinambungan pembangunan dan peluang-peluang pekerjaan dapat diteruskan.
"Sebab itu kita wujudkan Transformasi Nasional 2050 (TN50). TN50 bermaksud masa depan anak-anak kecil (kita) hari ini pada ketika itu. Apakah akan terjadi kepada mereka kalau kita tidak sediakan prasarana untuk mereka lebih awal? Kita sediakan prasarana lebih awal lagi agar hidup mereka pada ketika itu lebih terjamin," katanya.
Pada majlis berkenaan, Salleh turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM50,000 untuk membaiki dewan SMK Usukan, RM30,000 untuk membaiki jalan kampung dan RM20,000 lagi untuk PIBG SMK Usukan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2018
Selari dengan peluang-peluang pekerjaan baharu yang disediakan kerajaan, generasi hari ini juga perlu dipersiapkan dengan keperluan itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).