Kerajaan yakin penduduk Kampung Baru akan bersetuju dengan tawaran baharu yang diberikan untuk membeli tanah bagi pembangunan semula di kawasan itu.
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata hal ini kerana harga RM1,000 bagi setiap kaki persegi itu merupakan tawaran yang cukup baik dan adil.
"Saya cukup yakin bahawa oleh kerana ianya satu tawaran yang baik dan adil, orang Kampung Baru akan mahu duduk berbincang dan mencapai satu persetujuan. Saya yakin orang Kampung Baru boleh melakukannya.
"Tawaran ini juga akan menghasilkan beribu jutawan Melayu yang boleh membawa penambahan hak milik Melayu di Kuala Lumpur yang mana sekarang ini jumlahnya mungkin tidak ramai, tetapi apabila kita bangunkan, dan semuanya untuk orang Melayu maka lagi ramai lah orang Melayu memiliki tanah di Kuala Lumpur. Ini tujuan kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat di Kampung Pak Madah di Bukit Payong di sini hari ini.
Khalid pada Khamis mengumumkan kerajaan menawarkan RM1,000 bagi setiap kaki persegi, yang mana RM850 akan dibayar berdasarkan pilihan bentuk pulangan yang dipilih pemilik manakala baki RM150 pulangannya adalah dalam bentuk pegangan saham ke atas Syarikat Tujuan Khas (SPV).
Sebelum itu, pada 21 Sept lepas, Khalid mengumumkan kerajaan menawarkan RM850 bagi setiap kaki persegi bagi pengambilan tanah tersebut, namun sebahagian besar penduduk berpendapat tawaran harga itu tidak setimpal memandangkan lokasi strategik penempatan itu dan meminta kerajaan mengkajinya semula.
Sementara itu dalam ucapannya, Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara meminta Pakatan Harapan (PH) di Terengganu bertindak sebagai pembangkang yang membina dan memantau bagaimana kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS menggunakan Wang Tunai Petroleum (WTP) yang disalurkan oleh kerajaan Persekutuan.
"Kita hendak tentukan ianya (WTP) digunakan dengan baik dan bukan kepentingan politik mereka," katanya.
Katanya pembayaran WTP itu juga membuktikan kerajaan PH menunaikan janji dan membuat sesuatu keputusan mengikut peraturan serta undang-undang.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini mengesahkan kerajaan Terengganu telah menerima sebanyak RM1.277 bilion WTP sejak Jan hingga Sept lepas.
Ahmad Samsuri berkata RM1.277 bilion itu adalah jumlah selepas Kementerian Kewangan memotong hutang kerajaan negeri 25 peratus, bersamaan dengan RM129 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 27 2019
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Khalid Abdul Samad yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berucap pada majlis ramah mesra dan jamuan rakyat bersama anggota parti di Kampung Pak Madah, Bukit Payung hari ini. - Foto BERNAMA
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Presiden China dahului mesej ucapan tahniah terhadap pemilihan semula Presiden Putin
Xi berkata pemilihan semula Putin mencerminkan sepenuhnya sokongan daripada rakyat negara itu.
Isu stoking: Tindakan tegas harus diambil sekiranya berlaku kecuaian - IKIM
Mohamed Azam berkata tindakan itu sebagai pengajaran kepada semua pihak agar insiden seumpama ini tidak berulang di masa hadapan.
Langkah segera minimumkan kesan musim panas tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu akan diajukan oleh Isnaraissah Munirah Majilis kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mac 2024]
Antara fokus #AWANIpagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum empat intervensi kurikulum tangani isu keciciran pembelajaran
- Isu stoking kalimah Allah: Siasatan diteruskan, 36 laporan ke atas KK Mart - KDN
- Harga barang tidak munasabah: Jangan tular dahulu, terus lapor KPD
#AWANInews
- KPM umum empat intervensi kurikulum tangani isu keciciran pembelajaran
- Isu stoking kalimah Allah: Siasatan diteruskan, 36 laporan ke atas KK Mart - KDN
- Harga barang tidak munasabah: Jangan tular dahulu, terus lapor KPD
#AWANInews
Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.
Mayat lelaki Australia ditemui di kondominium Ampang
Mayat mangsa ditemukan selepas aduan bau busuk dibuat oleh penduduk komdominium berkenaan.
Pencerobohan Rafah patahkan bantuan ke Gaza - PBB
PBB tidak boleh merancang operasi bantuan Gaza lebih awal kerana keadaan yang disifatkan sebagai tidak menentu.
Jiwa SME: Digitalisasi lonjakkan perniagaan Ahmad Foo pasca pandemik
Pengalaman menghadapi PKP memaksa Ahmad Fuad, pengasas restoran Ahad Foo-Halal Chinese Foodstyle, mengadaptasi menu untuk menarik lebih ramai pelanggan, sambil menekankan kepentingan adaptasi digital dalam era ekonomi yang mencabar.
75 rumah musnah akibat tanah runtuh di Peru
Hujan lebat menyebabkan kerosakan di bandar selatan Peru, Alca berikutan kejadian tanah runtuh melibatkan jalan raya, rumah, sekolah dan hospital pada Sabtu.
Enam rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru pagi ini
Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 11.09 pagi.
26 penjaja gerai singgang Kampung Baru berpindah ke lokasi baharu
Menurut DBKL, kerja-kerja meroboh deretan gerai di lokasi asal akan dilaksana pada 22 Jan depan.
'Dia lupa peluk saya...' - Ibu pelajar maut jatuh balkoni
Fazlina seakan tidak menyangka gurauan anaknya adalah yang terakhir sebelum anak sulong dari tiga beradik itu meninggal dunia.
Kampung Baru, KL dilanda banjir kilat
Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menyelamat seorang warga emas keluar dari lokasi banjir kilat di Kampung Periuk, Kampung Baru di sini pada Selasa.
Masalah sampah hantui penduduk Pulau Redang
Masalah sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi berjaya diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan.
Himpunan Selamatkan Malaysia: Kumpulan baju putih dilihat mula berhimpun
Sekumpulan lelaki berbaju putih dilihat mula berhimpun tidak jauh daripada kawasan Masjid Jamek Kampung Baru bagi menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia pada Sabtu.
Himpunan Selamatkan Malaysia: Premis perniagaan dibuka seperti biasa
Keadaan premis perniagaan dan penjaja di sekitar kawasan Masjid Jamek Kampung Baru dibuka seperti biasa tanpa ada sebarang gangguan daripada mana-mana pihak.
Polis tolak permohonan penganjur perhimpunan Sabtu ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak permohonan penganjur perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini, kerana maklumat yang dikemukakan tidak lengkap.
Dua rumah terbakar di Kampung Baru
Pasukan melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dan bantuan dari BBP Jalan Hang Tuah serta BBP Jalan Tun Razak.
Tujuh 'Kampung Baru' dicadangkan sebagai tapak warisan dunia
Jabatan Warisan Negara telah memilih tujuh 'Kampung Baru' untuk dicalonkan sebagai tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.