awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemain biola AS saman Will Smith atas dakwaan gangguan seksual
Insiden Kampung Sungai Baru: Remaja lelaki mengaku bersalah cederakan bekas OCPD Dang Wangi
Polis terima laporan hantaran Facebook dipercayai fitnah ke atas Institusi Diraja Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan yakin PLUS mampu selesaikan hutang - Tun Mahathir

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
17/01/2020
16:09 MYT
Kerajaan yakin PLUS mampu selesaikan hutang - Tun Mahathir
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mampu menyelesaikan hutang syarikat konsesi itu susulan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh konsesi selama 20 tahun.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mampu menyelesaikan hutang syarikat konsesi itu susulan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh konsesi selama 20 tahun.
Jelasnya, PLUS juga sudah sedia maklum dengan syarat yang telah termaktub.
"Dengan lanjutan tempoh itu, kami yakin mereka (PLUS) mampu (membayar hutang). Sebab itulah mereka bersedia dengan syarat yang kerajaan tetapkan melalui Khazanah dan juga KWSP," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) BERSATU di Yayasan Al-Bukhary di sini pada Jumaat.
Dr Mahathir dalam pada itu juga sedar dengan kemungkinan perubahan keputusan kerajaan semasa tempoh pelaksanaannya jika negara bertukar tangan.
BACA: Kerajaan ambil keputusan tidak jual PLUS - Tun Mahathir
BACA: Kerajaan laksana 18% diskaun di semua lebuh raya PLUS mulai 1 Feb
"(Jika) orang yang berbeza mentadbir negara pada masa itu, mereka berhak membuat apa jua keputusan," katanya lagi.
Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan pengurangan 18% ke atas kadar tol bagi penggunaan kenderaan persendirian di semua lebuh raya PLUS, berkuat kuasa 1 Februari ini.
Sejajar dengan keputusan itu, kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh konsesi bagi semua Lebuhraya PLUS selama 20 tahun, dari 2038 ke 2058.
Topic Berkaitan
#Khazanah
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Perdana Menteri
#PLUS
#PLUS Malaysia Berhad
#selesaikan hutang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan