Seorang kerani di Kementerian Pertahanan yang mencetuskan kemarahan orang ramai apabila menendang seorang wanita dua bulan lepas, mengaku bersalah bagi kesalahan sama, di sini hari ini.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas Marmi Zabrin Mian, 33, atas kesalahan menendang belakang Shakira Mohd Khalid, 28, setiausaha di Bukit Aman, tanpa sebab.
Kerani itu, dalam insiden sebelum ini, menendang seorang kakitangan Bank Negara di jambatan pejalan kaki berdekatan bangunan bank pusat itu. Perbuatannya itu dirakam kamera litar tertutup dan rakaman itu menjadi viral, mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.
Marmi melakukan perbuatan terbaru itu di terowong pejalan kaki dari Jalan Cenderasari ke Dayabumi di sini pada 5.30 petang Selasa lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Ketika merayu hukuman ringan, Marmi, yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan hukumannya kerana dirinya "penjawat awam".
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar menggesa mahkamah mengenakan hukuman penjara kerana tertuduh sekali lagi melakukan kesalahan sama dan "kamu tidak boleh menendang orang sesuka hati tanpa sebab".
Bernama
Thu Sep 15 2016
Marmi didapati bersalah kerana menendang seorang kakitangan Bank Negara di jambatan pejalan kaki berdekatan bangunan bank pusat itu. - Gambar hiasan
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerani Kementerian Pertahanan dipenjara kerana tendang wanita, sekali lagi
Seorang kerani di Kementerian Pertahanan yang mencetuskan kemarahan orang ramai apabila menendang seorang wanita dua bulan lepas, mengaku bersalah bagi kesalahan sama.